Ini senarai lauk wajib pandai masak sebelum kahwin

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Jika anda sedang memulakan perjalanan memasak, bolehlah mencuba menyediakan lauk pauk di bawah ini terlebih dahulu.

Semua resipi ini cukup mudah dan tidak memerlukan banyak bahan.

Tambahan pula, ia boleh diadaptasi dengan pelbagai jenis protein mengikut citarasa anda.

Ini senarai lauk wajib pandai masak sebelum kahwin

Tidak hanya itu, hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang bakal menempuh alam perkahwinan dan ingin menawan hati pasangan melalui hidangan masakan.

Ini senarai lauk wajib pandai masak sebelum kahwin

LAUK PAUK YANG PERLU DIUJIKAN SEBELUM KAHWIN

1. IKAN MASAK SINGGANG

Lauk ini boleh dianggap sebagai salah satu hidangan yang paling mudah untuk disediakan kerana hanya memerlukan teknik merebus.

Selain ikan, anda boleh menggantikannya dengan sotong, daging, atau ayam.

Cara memasak:

Panaskan air hingga mendidih.

Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit, asam keping, dan cili api.

Kemudian, masukkan protein pilihan dan perasakan.

Anda juga boleh menambahkan sayur-sayuran seperti bendi dan tomato.

2. MASAK LEMAK CILI API

Resipi autentik dari Negeri Sembilan ini cukup mudah tetapi sangat lezat.

Anda boleh menggantikan isiannya dengan ayam, udang, ketam, telur masin, dan banyak lagi.

Cara memasak:

Tumbuk cili api dan kunyit. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, asam keping, santan, sedikit air, dan daging.

Biarkan mendidih. Kacau secara kerap. Tambah air jika perlu.

Anda juga boleh menambahkan kentang jika suka. Perasakan dan hidangan siap untuk dinikmati.

3. MASAK BERLADO

Masakan berlado ini sering menjadi pilihan ramai.

Sesuai dimasak dengan pelbagai jenis protein seperti ayam, telur, daging, udang, ketam, ikan, kentang, dan petai.

Cara memasak:

Kisar bawang merah, bawang putih, cili, dan belacan. Tumis hirisan bawang Holland hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar.

Masak sehingga kering dan berubah warna. Masukkan asam keping. Jika suka berkuah, tambahkan sedikit air. Masukkan protein yang sudah digoreng. Perasakan dan hidangan siap untuk dinikmati.

4. MASAK LEMAK PUTIH

Hidangan ini sangat lazat apabila disajikan bersama sambal belacan, ikan goreng, atau ayam goreng.

Oleh itu, sesiapa yang baru memulakan pengembaraan dalam dunia memasak amat sesuai untuk mempelajari cara menyediakan masakan sayur ini. Kubis boleh digantikan dengan terung atau sayur campur.

Cara memasak:

Tumbuk bawang putih, bawang merah, lada hitam, dan ikan bilis. Masukkan ke dalam periuk bersama sayuran, santan, dan sedikit air.

Gaul hingga sayur lembut. Perasakan dan hidangan siap untuk dinikmati.

5. MASAK BENING

Ini adalah hidangan asas untuk sayuran. Bayam boleh digantikan dengan sawi, kubis, dan sayuran lain. Sesuai dimakan bersama ikan goreng berlada atau ikan goreng dengan sambal belacan.

Cara memasak:

Didihkan hirisan bawang merah dan bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan sayuran. Perasakan dan tambahkan lada putih. Hidangan siap untuk dinikmati.

Semoga bermanfaat!

Baca Juga : “Aku terjatuh berguling di 12 anak tangga sampai kandunganku gugur, 3 minggu pantang keguguran, suami bagitau esok dia nak kahwin lain”