Ini ‘step by step’ guna produk penjagaan kulit wajah, barulah positif kesannya

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Rutin penjagaan wajah amat penting bagi lelaki dan wanita kerana ia membantu memelihara kesihatan kulit serta memastikan kulit sentiasa bersih dan segar.

Melakukan rutin ini dengan langkah yang betul dapat memberikan hasil yang lebih optimum.

Namun, ramai yang keliru mengenai urutan penggunaan produk penjagaan kulit,

seperti bila perlu menggunakan serum dan sunscreen.

Menurut ahli dermatologi Dr. Heidi B. Prather dalam E!News, produk penjagaan kulit sebaiknya digunakan mengikut tekstur, bermula dari yang paling ringan hingga yang lebih ‘berat

Ini ‘step by step’ guna produk penjagaan kulit wajah, barulah positif kesannya

‘. Berikut adalah panduan langkah penjagaan wajah yang disarankan oleh Healthline:

1) Sabun Pencuci Muka

Langkah asas ini penting untuk membersihkan kotoran dan sisa yang terkumpul pada kulit wajah sepanjang hari.

2) Toner

Toner membantu menghidrat kulit, menanggalkan sel kulit mati, dan membersihkan kotoran yang tertinggal selepas mencuci muka.

3) Serum

Serum biasanya mengandungi bahan seperti asid hyaluronik atau niacinamide,

yang bertujuan meningkatkan kesihatan kulit serta menyelesaikan masalah tertentu seperti penuaan atau kekeringan.

Serum Antioksida: Serum ini melindungi kulit daripada radikal bebas, yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.

Ia sering mengandungi vitamin C dan E untuk memperbaiki tekstur dan keanjalan kulit.

4) Pelembap

Pelembap berfungsi melembutkan dan menenangkan kulit.

Kulit Kering: Pilih pelembap berasaskan krim untuk hidrasi maksimum.

Kulit Normal: Pelembap ringan lebih sesuai.

Kulit Berminyak: Gunakan pelembap berasaskan gel atau krim yang lebih cair.

5) Sunscreen

Langkah terakhir dan paling penting ialah penggunaan sunscreen. Ia melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari, mengurangkan risiko kanser kulit, mencegah tona kulit tidak sekata, sunburn, dan penuaan pramatang.

Kesimpulan:

Ikuti langkah ini setiap hari untuk memastikan kulit wajah anda kekal sihat dan terlindung.

Rutin yang betul bukan sahaja memberikan hasil yang optimum tetapi juga melindungi kulit dalam jangka panjang.

BACA: