“Institusi Masjid dan Surau hendaklah bebas dari campur tangan politik kepartian” – MB Perlis

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

“Institusi Masjid dan Surau hendaklah bebas dari campur tangan politik kepartian” – MB Perlis.

Bila Menteri Besar Perlis dari PAS sendiri yang memberi amaran kepada penceramah2 untuk mendapatkan tauliah dahulu

Dapatkan untuk  berceramah di Perlis… apa kata pemimpin PAS dan walaun mereka?

"Institusi Masjid dan Surau hendaklah bebas dari campur tangan politik kepartian" - MB Perlis

Adakah Menteri Besar Perlis dari PAS zalim atau menzalimi partinya sendiri, tidak menghormati agama Islam, jahil agama dan bermacam macam tuduhan lagi sebelum ini dilemparkan kepada kerajaan Perpaduan?

Malah mereka sanggup menderhaka perintah Raja-Raja Melayu apabila mereka pula seperti mengajar ke bawah Duli Raja-Raja untuk duduk berbincang isu pertauliahan ini.

Lebih melucukan Ustaz Wadi Annuar memberitahu dia tidak dipelawa memohon tauliah. Analogi dia mudah sahaja Ustaz adakah seseorang pemandu tanpa lesen bila disaman polis dia memberi alasan JPJ tidak mempelawa dirinya memohon lesen…? Jangan buat alasan macam budak-budak.

Jujur sejak pertemuan PMX bersamanya… saya memang suka dengan Mohd Shukri Hashim ini. Dia memang fokus kepada kerja dan kurang berpolitik.

BACA:

Hanya sebab nak solat, penyanyi terkenal ditahan pukul anak sampai lunyai

Setelah 19 tahun dalam pasaran China, akhirnya AMAZON ‘tutup kedai’ rupanya ini punca sebenar