Inti karipap berlendir, berkulat siap bau sampah! Wanita ini perjelas situasi sebenar kejadian.
Assalamualaikum. Berkaitan posting sy yg viral baru2 ini mengenai #karipapsampah , di sini sy ingin menjelaskan situasi sebenar tentang kejadian tersebut.
Setelah bertentang enam mata antara pihak sy, peniaga bazaar, vendor karipap bersama kehadiran pihak KKM,
akhirnya kami telah mengetahui punca karipap kulat tersebut. Peniaga bazaar hanyalah sebagai org tengah yg mengambil sedikit komisyen bg menjual kuih2 dari vendor.
Vendor telah mengakui silapnya di mana karipap itu sememangnya karipap hari semalam yg telah di recycle untuk dijual semula.
Kejadian berlaku pada hari khamis, dan karipap yg dijual adalah karipap jualan hari rabu yg tidak habis.
Kronologi kejadian :
Rabu, 29.03.2023 : Terdapat 6 bekas karipap yg tidak habis, dan peniaga bazaar telah maklumkan vendor bhw jualan tersebut tidak habis, dan bertanya utk ambil semula atau tidak. Pihak vendor meminta peniaga simpan dlm peti ais, tetapi peniaga memberitahu peti aisnya tidak muat dan bertanya bolehkah karipap diletakkan di luar (suhu bilik).
Kerana faktor rumah yg jauh dan peniaga memberitahu sudah lewat malam, vendor bersetuju shj karipapnya diletakkan di suhu bilik sehingga keesokan harinya.
Khamis, 30.03.2023 (hari kejadian) : Peniaga membawa 6 bekas karipap tersebut ke bazaar dan vendor sendiri dtg ke bazaar melihat keadaan terkini karipap yg tidak habis tersebut. Dia meminta peniaga meneruskan penjualan karipap tersebut kerana katanya inti karipap yg dibuat masih baru dan yakin karipap masih dlm keadaan elok. Pada jam 4 petang sy pun telah membeli karipap tersebut yg disusun di kedudukan paling atas.
Sebagai pembeli, sudah semestinya sy hanya mencari peniaga bazaar selepas mengetahui produk tersebut rosak. Jika sy tidak meletakkan lokasi bazaar tersebut, sudah pasti ramai peniaga bazaar akan pm sy dan kemungkinan peniaga sebenar tidak sedar produk jualan vendornya yg berkulat. Dan sesiapa yg ada terbeli karipap yg sama di bazaar tersebut pun akan berhati2 jika dia juga mengalami keracunan makanan.
Utk pengetahuan, alhamdulillah ibu sy tidak mengalami sakit perut atau simptom2 keracunan makanan. Tetapi kakak sy mengalami cirit birit 2 kali pagi hari jumaat. Dan sy juga telah membuat aduan di saluran yg betul kepada KKM. Pihak berkuasa juga telah melakukan pemeriksaan ke gerai bazaar tersebut ptg jumaat dan sy telah menyerahkan kesemua karipap berkulat utk dihantar ke makmal. KKM juga telah bertindak memeriksa tempat pembuatan karipap iaitu rumah vendor terbabit di hari yg sama. Pihak KKM juga turut memberitahu makanan yg dijual sepatutnya tidak boleh melebihi 4 jam dari waktu pembuatan.
Sedikit cadangan sy kepada peniaga2 bazaar yg mengambil kuih dr vendor2, mungkin boleh meletakkan syarat setiap vendor utk meletakkan sticker nama, nombor telefon dan tarikh pembuatan kuih tersebut supaya jika ada pembeli terkena situasi yg sama seperti sy boleh direct contact dgn vendor shj.
Tujuan sy post bukan untuk famous, meraih like & simpati, bukan utk content dan bukan nak fitnah mana2 pihak. Segala sy ceritakan adalah hal yg benar dr pihak sy sendiri, tiada tokok tambah. Sebarang komen adalah tanggungjawab sendiri.
Semoga kita semua boleh mengambil iktibar dari kejadian ini. Jagalah kebersihan dan kualiti makanan yg disediakan. Tidak mengapa rugi sedikit asalkan rezeki berkat terutama di bulan mulia ini ❤️
BACA:
Ini senarai 20 bandar punyai kualiti hidup terbaik dalam dunia, Malaysia tersenarai ke?
Ini punca sebenar kenapa penceramah terkenal enggan mohon tauliah yang ramai tak tahu