Iqram Dinzly dedah punca tak ada niat nak masuk campur hal rumah tangga rakan artis tapi..

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Semakin banyak kes buka aib antara pasangan suami isteri, baik selebriti mahupun orang biasa hingga menyebabkan orang lain memandang serong terhadap individu itu.

Mengeluarkan komen terhadap kes melibatkan pelawak Shuk Sahar dan isteri Fara Salleh, pelakon Iqram Dinzly tampi memberi nasihat.

Ujarnya, dia tiada niat mencampuri urusan rumah tangga mereka namun menganggap ia tidak adil untuk Shuk yang tidak mengeluarkan kenyataan mengaibkan lapor Harian Metro.

“Saya bukan nak sibuk atau masuk campur mengenai rumah tangga mereka, cuma saya nak mempertahankan Shuk kerana tidak adil untuk dia yang tidak bercerita buruk fasal isterinya.

“Saya juga bukan nak burukkan isteri Shuk, tapi kenyataan saya sebelum ini adalah satu teguran supaya tidak menjadi ciri-ciri wanita akhir zaman yang mana aib suka dibuka dengan secela-celanya.

Iqram Dinzly dedah punca tak ada niat nak masuk campur hal rumah tangga rakan artis tapi..

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kita perlu jaga adab walau seburuk mana sekalipun isteri atau suami itu. Sebolehnya kita cuba tutup aib antara satu sama lain dengan sebaik mungkin,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Pada masa sama Iqram menasihati orang ramai untuk tidak menghukumi sesiapa walau seteruk mana kisah silam mereka.

Umum juga tahu Fara sebelum ini menjadi punca penceraian Shuk bersama bekas isterinya, Rossa Sera.

Tambahnya, dia juga risau akan komen yang ditinggalkan netizen seolah-olah lupa soal jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi.

Tidak mahu mengulas sama ada ia adalah kifarah atau karma, Iqram sejujurnya memaklumkan dia tidak tahu masalah rumah tangga mereka dengan lebih mendalam.

“Saya harap netizen pun janganlah terlalu menghukumi. Saya tahu netizen pun geram dengan apa yang berlaku, tapi saya rasa janganlah bangkitkan kisah silam mereka.

“Ini adalah ujian rumah tangga mereka. Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui ujian bermula dengan awal perkahwinan.

“Walaupun saya belum berkahwin, tapi saya tahu serba sedikit mengenai hal ini daripada rakan-rakan serta saudara-mara.

“Apa yang boleh saya katakan, kita doakan yang baik-baik buat mereka. Kita jangan meruntuhkan masjid lagi sebab kes perceraian pun semakin tinggi.

“Kalau ada yang nak bernikah kena fikir dulu, jangan ‘kahwin’ dulu baru bernikah,” katanya.

Baca juga: ‘Suami introvert tapi kalau dia marah, kata-katanya umpama pedang yang tajam boleh menyakitkan hati setiap wanita yang lembut’