Ira Kazar buat hal lagi, kali ini didakwa cuba tiru fesyen madunya pula

Oleh GEMILANGDAILY

Ira Kazar buat hal lagi, kali ini didakwa cuba tiru fesyen madunya pula. Kisah rumah tangga pelakon Puteri Sarah hangat diperkatakan apabila suaminya, Syamsul Yusof mengakui sudah pun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand sekaligus mengejutkan ramai termasuk keluarganya.

Susulan pendedahan tersebut, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Syamsul yang berkahwin lain, malah ibu kepada pengarah tersebut juga tidak merestui perkahwinan berkenaan.

BACA: Puteri Sarah Tunai Umrah, Ira Kazar Seronok Bakar Marshmallow

Ira Kazar buat hal lagi, kali ini didakwa cuba tiru fesyen madunya pula

Terbaru, tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok yang mendakwa Ira Kazar menjadikan gaya Puteri Sarah sebagai inspirasi untuk berfesyen.

Menerusi video itu, individu tersebut membandingkan pemakaian Ira Kazar yang seakan-akan sama dengan Puteri Sarah.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengatakan Ira tidak akan dapat menandingi isteri pertama Syamsul itu.

@binafshasweet880609 Membalas kepada @hanani_nor #madu #binafshacontent #fypシ #puterisarahliyana #irakaza #binafshasweet #fyp #foryourpage90s #artismalaysia ♬ Santai – Faizal Tahir

Tidak kurang juga, ada yang meninggalkan komen pedas mendakwa Ira akan selamanya kalah meskipun dia menang di mata Syamsul. Bagaimanapun, ada netizen yang berharap agar kedua-dua isteri pengarah terkenal itu dapat berbaik suatu hari nanti.

BACA:

Misteri tingkap rumah bau hancing terungkai, jiran sendiri tergamak simbah air kencing

Gelandangan sedih selalu terima makanan basi, “sudah-sudahlah bagi kami..”