Pempengaruh terkemuka dunia, iShowSpeed, membuat kejutan apabila menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT)
Dan bertemu DYAM Tunku Ismail di Stadium Sultan Ibrahim.
Ketika berada di Singapura, beliau melakukan kejutan dengan menaiki kenderaan selama
kira-kira 30 minit untuk datang ke Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan perlawanan bola sepak.
JDT kini sedang beraksi menentang Kelantan Darul Naim, memberikan peluang kepada iShowSpeed
untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
Beliau juga berkesempatan bertemu dengan Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor pada masa yang sama.
DYAM Tunku Ismail juga sempat menghubungi anak baginda yang teruja untuk melihat Speed menerusi panggilan video.
Kehadirannya menerima sambutan baik daripada staf JDT yang menguruskan perjalanan beliau semasa berada dalam kawasan stadium.
BACA: Pelanggan persoal caj RM1 untuk kuah tempoyak tanpa ikan, netizen ‘backup’