Ismail dedah punca sebenar Agong kecewa

Ismail dedah punca sebenar Agong kecewa

Ismail dedah punca sebenar Agong kecewa. Keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 Menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran Kerajaan.

“Tindakan Menteri-menteri ini jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri yang mana pelantikannya telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekali gus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran Kerajaan.

“Bahkan sejak akhir-akhir ini, ada dalam kalangan Jemaah Menteri yang membuat kritikan secara terbuka terhadap keputusan dan dasar Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.

Ismail Sabri berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan media Istana Negara bertarikh 10 Oktober 2022 yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menzahirkan kekecewaan terhadap perkembangan politik semasa tanah air.

Ismail dedah punca sebenar Agong kecewa

Pada Isnin, Perdana Menteri dalam Perutusan Khas beliau berkata, pembubaran Parlimen Ke-14 ini adalah untuk menoktahkan suara-suara yang selama ini meratib keabsahan, Kerajaan pintu belakang dan Kerajaan tebuk atap dengan memulangkan semula mandat kepada rakyat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan, tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan musuh utama PN adalah Barisan Nasional (BN) telah mengundang bibit-bibit perpecahan, sedangkan partinya turut menganggotai Kerajaan.

“Muhyiddin juga selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), pernah membuat kenyataan yang menyarankan agar Parlimen dibubarkan kerana mendakwa Kerajaan gagal dalam menguruskan negara dan ekonomi dengan baik,” tambahnya.

Kata Ismail Sabri, Kerajaan hanya mampu berfungsi dengan baik melalui kebersamaan dan kesepakatan dalam memberikan perkhidmatan serta manfaat terbaik kepada Keluarga Malaysia.

“Negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk mendepani cabaran mendatang,” ujarnya.

BACA:

Wanita terpaksa buang Teddy Bear lepas 10 tahun jadi peneman tidur, ‘suami taknak orang ketiga’

Patutlah buat aksi pelik, rupanya kucing ni nak selamatkan keluarga dari ular

Lelaki jumpa Mumia Kucing dalam kereta klasik era Soviet

CATEGORIES