Ismail Sabri beri sokongan kepada Anwar jadi PM

Ismail Sabri beri sokongan kepada Anwar jadi PM

Ismail Sabri beri sokongan kepada Anwar jadi PM. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.

Anwar berkata, beliau menghargai kesudian bekas Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya berkaitan pelbagai isu semasa.

“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, malam ini.

Beliau turut memuat naik sekeping foto yang diambil semasa pertemuan kedua-dua pemimpin.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 November selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 manakala Ismail Sabri adalah Perdana Menteri kesembilan.

Ismail Sabri beri sokongan kepada Anwar jadi PM

BACA:

Ketua Setiausaha Perbendaharaan ‘hilang’ semasa Anwar masuk MOF

Pemuda buat ‘content’ campak tunai RM1,000 di shopping mall

Siti Saleha temui cinta baru selepas 10 bulan bercerai

CATEGORIES