Satu Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam diadakan di Riyadh, ibu kota Arab Saudi, pada Isnin
Bagi membincangkan serangan berterusan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza dan Lubnan.
Dalam titah pembukaan pada sidang kemuncak itu, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, menegaskan
Penolakan tegas terhadap tindakan genosid yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, menurut laporan Agensi Anadolu.
Baginda turut menekankan pentingnya meneruskan usaha untuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.
Putera Mohammed juga mengutuk tindakan Israel yang menghalang Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) daripada menghantar bantuan ke Gaza.
Dalam titahnya, Putera Mahkota menegaskan bahawa Arab Saudi menolak sebarang ancaman terhadap keselamatan dan kedaulatan Lubnan.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dalam ucapannya menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk menunjukkan solidariti yang lebih besar kepada rakyat Palestin.
Beliau juga mendesak agar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaksanakan untuk menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dan memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan sampai ke kawasan yang terjejas.
Sidang kemuncak ini dihadiri oleh lebih 50 pemimpin negara Arab dan Islam, termasuk Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BACA: Tak sampai seminggu jadi Presiden Amerika, Donald Trump mula tunjuk perangai sebenar
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio