Isteri Bashar al-Assad nekad mohon cerai, sekali Rusia campur tangan

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Asma al-Assad, isteri kepada pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad, merancang untuk memohon perceraian dan meninggalkan Rusia, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Tidak, perkara itu tidak benar,” ujar jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, kepada wartawan di Moscow sebagai respons terhadap soalan mengenai isu tersebut.

Beberapa laporan pada Ahad mendakwa Asma, yang berasal dari United Kingdom, bercadang memfailkan penceraian di Rusia,

Tempat pasangan itu mendapat suaka politik daripada Presiden Vladimir Putin

selepas kumpulan anti-rejim menguasai ibu kota Syria, Damsyik, pada 8 Disember lalu.

Isteri Bashar al-Assad nekad mohon cerai, sekali Rusia campur tangan

Menurut laporan tersebut, Asma dikatakan tidak berpuas hati dengan kehidupannya di Moscow dan bercadang berpindah ke London.

Bashar al-Assad, yang telah memimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kejatuhan Damsyik

ke tangan kumpulan anti-rejim, sekali gus menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berlangsung selama 61 tahun sejak 1963.

BACA: Nelayan kongsi detik ngeri 6 hari hanyut di laut sampai terpaksa makan ikan mentah