“Isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang. Haram memang menyeronokkan”

Oleh GEMILANGDAILY

“Isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang. Haram memang menyeronokkan”

Kita sudah biasa dengan isu perceraian atau poligami yang ada kalanya boleh membawa emosi kepada sesiapa yang mendengarnya.

Namun, kes yang dikongsikan oleh seorang peguam syariah baru-baru ini amat mengejutkan ramai pihak apabila diketahui seorang wanita mempunyai dua orang suami.

“Isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang. Haram memang menyeronokkan”

Menerusi perkongsian Shazril Khairy di TikTok, beliau mendedahkan satu kes yang dikendalikannya yang mendapati seorang wanita bergilir-gilir melayani suaminya pada waktu malam dan siang.

“Isteri dua suami, kisah benar kendalian saya sendiri. Suami pertama berkahwin di Siam tanpa diketahui keluarga. Suami kedua berkahwin di Malaysia direstui ibu bapa,” katanya.

Bergilir ke rumah suami, elak diketahui keluarga

Malah, peguam itu mendedahkan wanita terbabit membuat sistem giliran untuk dirinya ke rumah kedua-dua suami bagi mengelakkan diketahui ahli keluarga.

“Siang isteri ke rumah suami pertama, alasan keluar kerja kepada bapanya. Bila malam balik ke rumah suami kedua yang tinggal sekali dengan bapanya.”

Namun begitu, kata peguam itu wanita tersebut enggan berpisah dengan kedua-dua suaminya kerana sayang.

“Isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang. Haram memang menyeronokkan,” katanya lagi.

@lawyershazril ISTERI DUA SUAMI KISAH BENAR #nikah #curang #skandal ♬ bunyi asal – merpati putih 🕊️

Difahamkan, kes tersebut telah selesai apabila wanita itu akur untuk berpisah dengan suami pertamanya selepas diketahui dan mengikut pilihan orang tuanya.

Perkongsian kisah itu telah mendapat pelbagai reaksi, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan itu yang mana ia berlaku di negara ini.

Kisah ini juga menjadi pengajaran kepada semua betapa pentingnya ilmu agama agar tidak menyesal di kemudian hari.

BACA:

Sanusi ditahan hina Sultan, terlucut kelayakan bertanding PRN? Ini 6 sebab calon boleh hilang kelayakan bertanding