Isteri jadi buta setelah 15 bulan tak henti menangis… suami hilang tanpa berita.. rupanya

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Seorang doktor gigi berkongsi pengalaman uniknya berhadapan dengan seorang pesakit buta yang mengingatkannya kepada watak Kassim Selamat dalam filem klasik Ibu Mertua Ku.

Menurut doktor wanita tersebut, seorang makcik dengan masalah penglihatan datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan gigi.

Pada awalnya, perbualan mereka biasa sahaja, namun doktor itu terkejut apabila mengetahui bahawa punca makcik itu buta

adalah akibat terlalu banyak menangis setelah ditinggalkan oleh suaminya.

“Aku tanya, memang buta sejak lahir ke? Dia jawab tidak. Katanya, dia mula buta pada usia 33 tahun kerana kuat menangis,”

Isteri jadi buta setelah 15 bulan tak henti menangis... suami hilang tanpa berita.. rupanya

kongsi doktor itu. “Aku macam, betul ke makcik ni? Takkan menangis sampai buta? Ingat Kassim Selamat ke?”

Rupanya, cerita makcik itu benar. Tangisannya yang berpanjangan menyebabkan saraf mata bengkak dan akhirnya dia kehilangan penglihatan.

Tangisan Berlarutan Selama 15 Bulan

Doktor itu menceritakan, masalah bermula ketika makcik tersebut mengandungkan anak ketiganya. Sepanjang kehamilan sembilan bulan, dia menangis tanpa henti dan berlanjutan sehingga enam bulan selepas melahirkan anak.

“Secara keseluruhan, dia menangis selama 15 bulan. Pada masa sama, air matanya masih mengalir setiap kali mengingati suaminya,” jelas doktor tersebut.

Pada awal perkahwinan, makcik itu menjalani kehidupan bahagia bersama suami dan dua anak mereka. Namun, segalanya berubah apabila dia mengandungkan anak ketiga. Tiba-tiba, suaminya menghilangkan diri tanpa sebarang berita.

“Makcik itu terlalu sedih memikirkan kehilangan suaminya. Dia menangis siang malam sehingga penglihatannya mula kabur. Akhirnya, doktor mengesahkan saraf matanya rosak dan tidak dapat diselamatkan,” tambah doktor itu.

Kehidupan Baru dan Kejayaan Anak-anak

Walaupun melalui ujian berat, makcik tersebut reda dengan takdir dan bangkit meneruskan kehidupan demi membesarkan anak-anaknya. Dengan segala kekurangan, dia berjaya membesarkan mereka hingga semuanya menjadi insan yang berjaya.

“Ada yang bekerja sebagai pegawai bank, cikgu, dan anak bongsunya baru saja berkahwin,” kata doktor itu.

Namun, kisah suaminya lebih memilukan. Setelah sekian lama hilang, rupanya suami makcik tersebut telah menikah dengan seorang wanita muda berusia 18 tahun.

Makcik itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa berita, ibarat digantung tak bertali.

“Makcik itu tetap tabah menghadapi dugaan hidup dan terus fokus membesarkan anak-anaknya seorang diri,” ujar doktor tersebut yang mengakui pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam dalam dirinya.

BACA: Mydin tampil jelaskan kenapa cop resit pembeli sebelum keluar kedai