“Isteri kalau baik takpe, ni macam iblis balik 3 pagi mabok bau arak, keluar dengan jantan”, Afiq Muiz dedah perangai sebenar isteri.
Semalam kecoh apabila isteri kepada Afiq Muiz hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari untuk membuat permohonan fasakh dan mendakwa pelakon itu adalah seorang kaki pukul.
Difahamkan Pachara Apin membuat permohonan itu selepas Afiq enggan memberikan kerjasama sebelum ini.
Susulan isu yang hangat diperkatakan ini, akaun Instagram pelakon lelaki itu telah ‘diserang’ oleh netizen yang memerli tindakan Afiq yang didakwa memukul isterinya. Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak mendiamkan diri sebaliknya membalas setiap komen yang ditinggalkan oleh netizen.
Bongkar aib isteri
Seorang netizen telah meminta Afiq untuk melepaskan isterinya itu secara baik dan bukannya digantung tak bertali selama dua tahun.
Afiq berkata bukan mudah untuk dia melakukan keputusan tersebut apatah lagi selepas dia mendapat tahu isterinya curang dengan lelaki lain.
Dalam masa yang sama, Afiq mengatakan dia telah difitnah oleh wanita itu dan menyifatkan Pachara bukanlah seorang wanita yang baik. Malah pelakon itu juga tidak teragak-agak berkongsikan aib isterinya itu yang dikatakan sering mabuk dan keluar bersama lelaki.
“Isteri kalau baik takpe, ni macam Iblis balik tiga pagi mabuk, bau arak, makan babi, keluar dengan jantan…”
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Pachara Apin berkata pihaknya memfailkan cerai secara baik pada Ogos tahun lalu namun Afiq tidak dapat dikesan. Tidak cukup dengan itu, Afiq juga dikatakan tidak memberi nafkah dan menggantung tidak bertali isterinya sejak Julai 2021.
Pelakon itu didakwa menghilangkan diri tanpa memberikan alamat rumahnya sekaligus menyukarkan mereka untuk menghubunginya. Difahamkan, perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada 6 April ini di mana Pachara akan hadir membawa saksi untuk sebutan semula kes ini.
BACA:
‘Kesilapan besar politik Malaysia ialah terlalu harapkan Mahathir’, Nik Abduh bidas Presiden Pas?
Bagaimana wang haram dicuci dan dibersihkan? Ini jawapan SPRM buat ramai nak baca