Isteri muat naik aplikasi ‘dating’, mengaku sunyi walau suami selalu telefon

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang wanita bergelar isteri tidak dapat menahan sunyi apabila ditinggalkan suami untuk bekerja di luar pesisiran pantai (offshore) selepas lelaki itu menceburi industri minyak dan gas.

Bertindak mengikut emosi, wanita itu kemudian memuat naik aplikasi janji temu (dating)

Bagi mengisi kekosongan di hati dan merasa seronok apabila ditemani lelaki tidak dikenali.

Walaupun sentiasa dihubungi suaminya, wanita dikenali sebagai Sally itu tetap merasa sunyi sehinggalah akhirnya

Dipertemukan dengan seorang lelaki bujang yang berjaya menambat hati sepinya.

Isteri muat naik aplikasi ‘dating’, mengaku sunyi walau suami selalu telefon

Rasa insaf bagaimanapun mula timbul di lubuk hati Sally apabila lelaki berkenaan malah meluahkan hasrat untuk melamarnya menjadi isteri yang sah tanpa mengetahui status perkahwinannya.

Nekad untuk berubah, berikut adalah perkongsian si isteri yang akhirnya sedar akan kesilapannya dan mula mencari kebahagiaan dalam rumah tangganya sendiri seterusnya menyelamatkan perkahwinannya.

“Salam semua, nama aku Sally. Aku seorang isteri kepada pekerja industri minyak dan gas (O&G). Tahukan, mereka yang mencari rezeki dalam bidang itu akan bekerja di luar pesisir (offshore) selama berbulan-bulan lamanya.

Di awal perkahwinan sebenarnya kami hidup berdua. Bekerja juga di tempat yang sama.

“Tetapi selepas setahun berkahwin, suami terima tawaran bekerja di dalam bidang tersebut. Aku mula ditinggalkan selama beberapa bulan. Awalnya, baik-baik sahaja.

Tetapi bila bulan makan ke tahun, aku terasa sunyi yang amat. Lama-kelamaan sunyi itu terasa kosong walaupun suami kerap menghubungi dan membuat panggilan video.

“Apabila hilang rasa kenikmatan perkahwinan, aku mula muat naik aplikasi janji temu (dating). Aku berjumpa dengan lelaki sana sini. Aku rasa seronok sebab nak pergi ke mana-mana, sentiasa ada teman. Apabila ditanya mengenai status, aku akan jawab ‘bujang’. Malangnya aku juga mula suka kepada seorang lelaki bujang.

“Aku bagi nama dia A. Dari suka bertukar jadi cinta. Aku tahu apa yang dilakukan ini salah. Tetapi aku rasa seronok sebab rasa kesunyian itu sudah pun terisi. Pada suatu hari, suami balik rumah senyap-senyap untuk buat kejutan padaku.

Aku tengah tidur. Entah macam mana, suami perasan ada notifikasi Whatsapp masuk. Jadi kantoilah.

“Suami baca segala perbualan aku dengan A di aplikasi Whatsapp. Dia terus mengamuklah dan menumbuk pintu bilik. Aku minta maaf, tetapi suami diam. Sepanjang hari suami tak bertegur dengan aku.

Mulalah aku rasa bersalah teramat. Keesokkan harinya, dia maafkan aku. Aku janji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

“Selepas kejadian itu, aku memang tak buatlah. Selama berbulan berlalu macam biasa, baik-baik sahaja apabila berjauhan dengan suami. Kami masih lagi buat panggilan telefon dan juga video macam biasa.

Namun apabila rasa sunyi itu muncul balik, aku akan mencari semula A. Lelaki yang aku jatuh cinta melalui aplikasi itu.

“Sekarang ini, lelaki A ini nak masuk meminang aku. Jadi serba salah sebab aku menipu lelaki A itu. Aku juga rasa bodoh sebab rosakkan kepercayaan yang diberikan suami. Sekarang ini, hati aku dengan suami semakin pudar. Aku mula berpaling arah kepada lelaki A itu. Aku sendiri tahu apa yang dilakukan ini sememangnya berdosa.

“Aku sebenarnya memang nak berubah. Jadi aku nak minta pendapat kamu semua. Macam mana aku nak warnai semula perasaan dengan suami yang makin pudar itu.

Bagaimana pula aku nak lari dari lelaki A itu? Adakah aku patut beritahu yang diri ini sebenarnya isteri orang atau bagaimana? Aku memang nak berubah.

“Aku nak cari kebahagian dalam rumah tangga. Tetapi aku buntu macam mana nak mulakan. Harap kamu semua dapat berikan nasihat yang murni. Janganlah marah sampai menghina aku. Terima kasih. Maaf ayat aku macam kapal karam.” Kongi Sally (bukan nama sebenar) menerusi sebuah forum atas talian.

Baca juga: Sejak 2 bulan mak jaga anak aku, aku pelik setiap kali pukul 2 pagi anak aku makan mamak, akhirnya anak pecah rahsia