Isteri merupakan cerminan suami, andai baik akhlak isterinya makan baiklah layanan suami di rumah.
Namun ia juga boleh terbalik namun segalanya berbalik kepada pasangan itu sendiri bagaimana untuk menguruskan rumahtangga dengan sebaiknya.
Sama juga dengan kisah lelaki ini yang mendakwa mahu menceraikan isterinya kerana terlalu pemalas
namun mengakui masih sayang dan tidak mahu isterinya itu penat memulakan kehidupan semula.
Assalamualaikum tolong hide nama saya, saja nak berkongsi. Saya suami, ada anak beberapa orang, tempoh perkahwinan sekitar 7 tahun, isteri surirumah.
Saya orang yang kurang bercakap dan tak suka nak berg4duh dan saya memang jenis yang memahami tapi bagi isteri saya ni tidak membantu dia.
Isteri tak pandai masak, dulu baru – baru kahwin dia ada jugak masak hari – hari. Sekarang anak dah ramai dia memang tak masak, dari pagi sampai ke malam semua beli luar. sebulan kalau masak sekali tu kira syukur la, basuh baju pun seminggu sekali.
Kadang-kadang saya yang basuh dan sidaikan. Kiranya hari Sabtu Ahad bila saya di rumah, memang saya akan bantu dia kalau takde aktiviti apa – apa dengan anak – anak atau keluar pergi berjalan – jalan. Sabtu ahad pun makan tetap beli luar.
Saya keluar kerja awal pagi sebelum subuh, kalau ada air milo dia buat untuk saya tu kira syukur sangat laa. Selalunya sampai tempat kerja saya akan call k3jutkan isteri untuk hantar anak – anak ke tadika dan sekolah. Sama ada dia bangun atau tak tetap saya akan call.
Saya balik rumah je dah malam. Sampai rumah saya akan hantar makanan yang dipesan dulu kemudian terus ambil anak pergi mengaji. Balik rumah je kena berleter dengan isteri sebab dia penat. Dia akan mintak tolong kemaskan rumah.
Kadang-kadang kalau angin saya baik, tolong la juga. Kadang-kadang saya penat saya sound la, nak minta tolong tak payah nak p4ksa – p4ksa macam dia sorang je penat. Dah masam muka tak pasal. Hal dalam kelambu ni usah dik4ta laa. 2 – 3minggu sekali pun susah, penat katanya.
Dia memang tidur dengan anak – anak sebab menyusu katanya. Tapi seiingat saya, anak yang sulung menyusu badan juga dulu, boleh je kami tidur sekali. Jadi buat saya m4kin tawar hati. Saya pukul 10 – 12 memang main kejap dengan anak sebab dia akan p4ksa anak tidur.
Baguslah ajar anak tidur awal, kadang-kadang pukul 10 rumah kami dah sunyi, anak semua dah tido. Yang bestnya dia dengan hp sampai 2-3 pagi. Kadang-kadang saje saya buat buat tidur malas nak g4duh, bila dia rasa saya dah tidur mula lah dia bukak ape ntah dok sembang dalam hp pakai Earphone.
Cakap bukan main manja. Cuba kalau cakap dengan saya, tak pernah nak elok. Ada jugak saya sound dia, dengan orang luar boleh plak cakap elok – elok. Dia cakap, “ala kawan dalam hp jee bukan diorang kenal pun,” kadang-kadang sembang sampai 1-2 pagi lepas tu nak bangun esok cakap penat laa, letih laa.
Saya kalau nak dipikirkan s4kit hati ni hari – hari s4kit hati dengan dia, tapi tak nak fikir sangat, simpan dalam hati. Sekadar biar je, tak nak peduli takut jadi apa – apa nanti. Saya anggap biasa la mulut orang perempua, bila penat je mula la nak berleter.
Isteri saya ni dengan orang luar peramah, suka tolong orang, baguslah tapi bila dah penat, hal rumahtangga dia minta saya yang buat. Pening jugak apa yang dia buat dari pagi sampai ke petang sampai takde mase nak selesaikan hal rumah. Pinggan mangkuk hari – hari memang kerja saya walaupun makanan beli luar.
Entah laa kadang-kadang rasa macam tak mampu nak teruskan perkahwinan ni, tapi kesiankan dia juga nak mula hidup baru kalau kami berpisah. Anak – anak mesti nak ikut emak, nafkah anak memang tanggungjawab saya, tapi nanti dia macam mana, mesti nak kena kerja jugak. Lagi lah penat.
Itupun jangan, cakap meninggi diri, “aku kalau takde suami boleh hidup laaa, kau yang tak boleh hidup nanti kalau aku takde,” sedih je dengar. Redha je saya dengar dia cakap camtu. Saya tak penrah cerita masalah saya ni dengan orang, cuma nak kongsi je.
Sekarang memang ada seorang perempuan yang kenal dengan saya, baik, cantik. Saya perasan dia macam nak rapat dengan saya tapi terus terang saya cakap saya suami orang. Bagus perempuan tu dia tak la melebih sangat, pastu isteri pulak dapat tahu dia kata saya ni jenis kaki perempuan.
Untuk pengetahuan pembaca, semua perempuan yang saya kenal, saya akan bagitahu status saya sebagai suami orang. Tapi saya tak pernah cerita hal rumahtangga saya kat diorang. Harap kaum perempuan yang isteri orang di luar sana memahami suami dan suami pun kena memahami isteri.
Masing-masing ada penat, masing-masing ada baik buruk. Kita dalam rumahtangga kena saling melengkapi, saling tolong menolong baru seronok. Sekarang ni saya dah betul tawar hati dengan isteri. Saya berharap dan berdoa supaya hati saya ni kuat untuk pertahankan rumah tangga.
Ada banyak lagi kalau saya nak cerita tapi nanti dah jadi aib dia pulak. Cukup la hal rumahtangga bukan hal peribadi. Terima kasih admin, harap netizen dapat bagi pandangan buat saya untuk atasi masalah tawar hati saya ni.