‘Isteri sering balik kerja lambat sebab OT, terdedah rahsia dia bila aku letak GPS dalam beg dia, rupanya ini kerja dia dengan orang kementerian!’

Oleh ISMAIL YAHYA

Assalamualaikum, Saya nak tanya pandangan otai – otai semua mengenai masalah rumahtangga.

Dipendekkan cerita bukan ke kaki pompuan atau sosiaI. Yang saya tahu cuma kerja dan memberi penuh kepercayaan kepada isteri yang bekerja di sebuah kementerian.

Dinikahi hampir sepuluh tahun yang lalu kerana dia cakap ke mana saja dia pergi, dia sedar dan tahu yang dia adalah isteri orang.

Pada tiga tahun pertama kami amat bahgia walaupun terp4ksa mengharungi kesempitan hidup di KL ni.

Walaupun ada kereta tapi pada waktu tu dia tiada lesen lagi. Pagi saya hantar dia dengan motor dan terus pergi kerja.

'Isteri sering balik kerja lambat sebab OT, terdedah rahsia dia bila aku letak GPS dalam beg dia, rupanya ini kerja dia dengan orang kementerian!'

Sehinggalah dia dapat lesen kereta, semuanya berubah serta merta. Saya rasa ada yang tak kena, bila setiap kali nak bersama macam – macam alasan, dalam setahun tak sampai 10 kali je dapat kemuncaknya sehingga perkataan ni di taip dah lebih setahun kami tak bersama.a

Saya tak tahu nak cerita perkara mengaibkan ni pada sesiapa, jadi saya harap puan – puan dan tuan – tuan dapat membantu saya berfikir.

Dalam masa terdekat saya ingat nak nak pergi mahkamah untuk fail nusyuz. Untuk pengetahuan, sejak nikah saya tak pernah naik tangan dekat isteri.

Sekarang umur saya 34 tahun dan isteri 31 tahun, dikurniakan dua orang anak, Darjah 1 ( lelaki ) dan darjah 3 ( perembuan ). Saya tak pandai mengarang, jadi saya buat perkara penting jer la.

1. 9,10,11 hb Februari, dia kata ada kursus tigahari dua malam di Johor tapi sebenarnya tidak..

2. 21 Februari, dia kata kerja tapi tak kerja. Siap tak balik rumah konon letih banyak kerja, kena tidur rumah kawan perempuan yang bila saya tanya kawan isteri, dia kata takde pun. Masa ni dia hantar anak ke kampung kononnya banyak kerja dan saya pun pada waktu tu memang banyak kerja, jadi percaya jer la.

3. Hampir setiap malam balik pukuI 1 pagi dengan alasan kerja dan study. Masa tu saya izinkan dia sambung degree part time tapi bila tanya semua kawan yang sambung belajar dengan dia, mereka kata takde. Saya pergi pejabat isteri, dia takde dan ada bunga vaIentime besar sebakul atas meja dia.

Selama ni orang pejabat ingat saya yang menggadai akidah bagi dia! Cissss. Masa kat pejabat dia, saya chek pvnch card dia setiap hari balik awal pukuI 5.30pm. Hari yang dia kata kerja tapi tak kerja tu hanya dia dan dua orang je tak kerja pada hari tu iaitu penolong setiausaha kementerian tu (PSU).

Kawan isteri saya kat opis kesian kat saya, dia cakap dia tahu per4ngai bini saya luar dan dalam. Kalau saya tau mesti terk3jut tapi dia tak sanggup nak cakap. Dia kata, satu hari nanti, saya mesti tau sendiri. Saya tanya staff PSU ni duduk mana, dia kata taman Melati. Satu lagi, dalam pejabat tu, laki ni sorang je dudul Taman Melati.

4. Jadi satu petang Jumaat tu saya ikut bini saya balik kerja. Dari jauh memang dia pergi Taman Melati. Tiba – tiba hujan dan ribut amat lebat. Saya yang bawak motor pada waktu tu hilang jejak dia tapi gps kereta masih mengatakan dia ada di situ dan dia off handset dan tak balik malam tu.

5. Saya call la mak dan keluarga dia mengenai hal ini. Kemudian, isteri berhenti belajar dan ambil anak dekat kampung. Demi masa depan anak – anak saya bagi peluang dia untuk bertaubat.. Tapi tak lama lepas tu gps kereta tu menunjukkan lagi dia tak kerja tapi dia kata kerja. Sekali lagi saya call pejabat, mereka kata dia cuti hari tu tapi bila call hp dia ngan selamba je kata kerja ada kat pejabat..

6. Sekarang pejabat dia dah pindah putrajaya, panjang lagi le langkahnya. .(tak larat dah nak jejak)

7. H4ncurnya hati takyah cerita la..patut ler lama takleh sentuh. Sebenarnya banyak lagi tapi tak sanggup nak buat senarai tu..

Jadi apa tindakan saya?

1. Saya akan pergi ke mahkamah untuk fail nusyuz.

2. Kalau dah setel saya nak saman PSU sejuta atas sebab menjadi punca penceraian kecuali dia dapat buktikan 21 Februari tu dia tidur dengan bini dia bukan bini saya. Dia dah menyebabkan dua orang anak musn4h masa depan, mengaibkan keluarga secara abadi.

Kalau ikutkan rasa hati ni, awalnya saya ingat nak kahwin lain je tapi saya sedar yang saya ni tak mampu. Lebih baik saya lepaskan dia dan cari lain. Tapi secara jujur saya tiada wanita lain lagi. Nak cari yang bila saya balik kerja, dia ada kat umah.

Bukannya.. dah la saya penat balik rumah, masak, buat air semua sendiri gosok baju kerja sendiri tapi bini tengah sibuk karaoke kat luar dengan alasan release tensen. Dengan sembahyang bukan main liat lagi. Ini yang saya sedih, bila solat dekat masjid saya tengok bini orang elok jer bila la saya nak dapat bini macam tu.

Bila saya tegur, marah dia kata, “ko tu bukannya ustaz.” Pakaian pergi kerja tu memang dah tak larat dah nak g4duh sampai satu hari tu, pernah kecoh depan rumah sebab saya suruh dia masuk balik rumah, jangan pakai seluar yang punya la ketat hampir nampak semua bentuk.. Geram betul!

Sekarang saya memang dah tak sanggup dan nak selesaikan masalah ni.. Apa pandangan tuan puan sekalian? Kalau nusyuz dia tak layak menuntut harta sepencarian kan? Kereta tu saya boleh bagi sebab memang kami ada 2 buah. Ada sebuah lagi rumah apartmen mentari cort.

Sebenarnya, saya ada pasang GPS dalam beg tangannya sebab tu saya boleh tahu dia di mana dan sedang bercakap dengan siapa malah mengenai apa.

Cuma saya takut teman lelaki dia akan naik tangan atau buat perkara tak baik pada anak – anak saya jika dia mendapat hak penjagaan..

Untuk mengelak itu, adakah baik saya tak payah ceraikan dia dulu monitor dengan GPS tu. T

api sekarang pun dia pelik macam mana saya tau setiap perkataan mereka kat luar, saya dengar dia cakap dengan kawan dia, “laki aku ada mata dia tahu kita kat mana.” Hihihi.. Seterusnya untuk jangka panjang nak cari nombor 2 je.

BACA: Baby Shima hairan tiada surat terbuka untuk isu GISBH “Terpaling tegur semua masuk gua”