Isteri Tun Daim gagal tangguh bayar cukai pendapatan RM313.82 juta, pendapatan sebenar undang tanda tanya

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, gagal mendapatkan penangguhan sementara perintah membayar tunggakan cukai pendapatan

sebanyak RM313.82 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dr Shahnaz Sulaiman, dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan hari ini,

Menolak permohonan itu setelah mendapati tiada alasan luar biasa untuk meluluskannya.

Hakim menyatakan bahawa LHDN diberi kuasa mengutip cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, gagal mendapatkan penangguhan sementara perintah membayar tunggakan cukai pendapatan sebanyak RM313.82 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dr Shahnaz Sulaiman, dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan hari ini, menolak permohonan itu setelah mendapati tiada alasan luar biasa untuk meluluskannya. Hakim menyatakan bahawa LHDN diberi kuasa mengutip cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Na'imah memohon untuk mengekalkan status quo dalam permohonan semakan kehakiman bagi mencabar dakwaan LHDN bahawa beliau tidak menjelaskan cukai taksiran bernilai lebih RM313 juta. Sementara itu, Shahnaz menjelaskan bahawa berdasarkan ACP, cukai perlu dibayar walaupun proses perundangan sedang berlangsung, tanpa mengambil kira jumlahnya. Mengenai jumlah cukai yang besar, hakim menyatakan bahawa peraturan itu terpakai sama rata, sama ada cukai RM30,000 atau RM30 juta. "Undang-undang mesti diguna pakai secara adil kepada semua. Dalam kes cukai, cukai yang dibayar boleh dipulangkan semula oleh responden jika perlu," katanya. Pada 26 Ogos lalu, Na'imah memohon semakan kehakiman untuk membatalkan cukai pendapatan RM313.82 juta yang dikenakan oleh LHDN, dengan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri sebagai responden. Dalam afidavit sokongannya, Na'imah berkata, LHDN menerusi notis bertarikh 18 Januari mempersoalkan kenaikan sahamnya dalam Ilham Baru Sdn. Bhd. serta mendakwa beliau menggunakan tiga aset luar negara untuk membayar pinjaman dari Ilham Baru, Ilham Tower Sdn Bhd, dan Welberton Private Equity Corp. Tiga aset itu ialah Hotel Nantasket Beach Resort dan sebuah pangsapuri bersebelahan di Massachusetts; bangunan pejabat Chauncy Place, serta Hotel Buckminster and Annex di Boston yang bernilai lebih RM700.6 juta. Na'imah mencabar cukai tambahan Tahun Taksiran 2018 sebanyak RM313,820,336.13, dengan alasan ia ultra vires (melebihi kuasa) dan menyalahi undang-undang. Menurutnya, jumlah tuntutan itu melibatkan aset luar negara yang tidak berada di bawah bidang kuasa responden, kerana undang-undang cukai pendapatan Malaysia adalah berasaskan dasar wilayah. Na'imah menambah, LHDN berpendapat bahawa, selagi beliau warganegara Malaysia dan pemastautin cukai, aset dan pendapatan luar negaranya tertakluk kepada audit cukai berdasarkan ACP. Menurut LHDN, nilai pasaran tiga aset berjumlah RM700,572,811.00 diambil sebagai pendapatan tidak dilaporkan pada tahun 2018, dan beliau diminta membuktikan sumber dana untuk memperoleh aset tersebut. Na'imah menegaskan bahawa peguamnya telah membalas kepada LHDN, dengan menyatakan bahawa LHDN tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat aset di luar bidang kuasa Malaysia, terutama apabila tiada pendapatan yang diperoleh daripada aset tersebut diakru di Malaysia.

Na’imah memohon untuk mengekalkan status quo dalam permohonan semakan kehakiman bagi mencabar dakwaan LHDN bahawa beliau tidak menjelaskan cukai taksiran bernilai lebih RM313 juta.

Sementara itu, Shahnaz menjelaskan bahawa berdasarkan ACP, cukai perlu dibayar walaupun proses perundangan sedang berlangsung, tanpa mengambil kira jumlahnya. Mengenai jumlah cukai yang besar, hakim menyatakan bahawa peraturan itu terpakai sama rata, sama ada cukai RM30,000 atau RM30 juta.

“Undang-undang mesti diguna pakai secara adil kepada semua. Dalam kes cukai, cukai yang dibayar boleh dipulangkan semula oleh responden jika perlu,” katanya.

Pada 26 Ogos lalu, Na’imah memohon semakan kehakiman untuk membatalkan cukai pendapatan RM313.82 juta yang dikenakan oleh LHDN, dengan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri sebagai responden.

Dalam afidavit sokongannya, Na’imah berkata, LHDN menerusi notis bertarikh 18 Januari mempersoalkan kenaikan sahamnya dalam Ilham Baru Sdn. Bhd. serta mendakwa beliau menggunakan tiga aset luar negara untuk membayar pinjaman dari Ilham Baru, Ilham Tower Sdn Bhd, dan Welberton Private Equity Corp.

Tiga aset itu ialah Hotel Nantasket Beach Resort dan sebuah pangsapuri bersebelahan di Massachusetts; bangunan pejabat Chauncy Place, serta Hotel Buckminster and Annex di Boston yang bernilai lebih RM700.6 juta.

Na’imah mencabar cukai tambahan Tahun Taksiran 2018 sebanyak RM313,820,336.13, dengan alasan ia ultra vires (melebihi kuasa) dan menyalahi undang-undang. Menurutnya, jumlah tuntutan itu melibatkan aset luar negara yang tidak berada di bawah bidang kuasa responden, kerana undang-undang cukai pendapatan Malaysia adalah berasaskan dasar wilayah.

Na’imah menambah, LHDN berpendapat bahawa, selagi beliau warganegara Malaysia dan pemastautin cukai, aset dan pendapatan luar negaranya tertakluk kepada audit cukai berdasarkan ACP.

Menurut LHDN, nilai pasaran tiga aset berjumlah RM700,572,811.00 diambil sebagai pendapatan tidak dilaporkan pada tahun 2018, dan beliau diminta membuktikan sumber dana untuk memperoleh aset tersebut.

Na’imah menegaskan bahawa peguamnya telah membalas kepada LHDN, dengan menyatakan bahawa LHDN tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat aset di luar bidang kuasa Malaysia, terutama apabila tiada pendapatan yang diperoleh daripada aset tersebut diakru di Malaysia.

BACA: ‘Suami aku tak curang atau gay, habis kerja terus balik, lepak pun tak tapi cara dia buat aku moody’