Isteri Tun Daim meninggal dunia

Isteri Tun Daim meninggal dunia

Isteri Tun Daim meninggal dunia. Mahani Idris yang juga isteri kepada bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, dilaporkan meninggal dunia, pada Ahad malam.

Menurut Astro Awani, punca pemergiannya tidak dapat dikenal pasti.

“Dengan berat hati ingin memaklumkan kepada semua bahawa Mami (Mahani Idris) telah kembali dengan aman kepada Yang Maha Esa,” menurut sumber rapat dengan keluarga allahyarham.

Difahamkan, jenazah akan dimandikan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 10 pagi.

Isteri Tun Daim meninggal dunia

Jenazah akan disembahyangkan di Surau Hidayat, Seri Kembangan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham turut meninggalkan lima orang anak.

BACA:

Gaji tertunggak dah lama, pemain liga Malaysia terpaksa jual rumah dan kereta

Ini tiga cara yang anda boleh buat selain keluarkan duit KWSP

CATEGORIES