‘Isteriku kaki penipu, sekejap mengaku engineer, kejap pakar pemakanan, pakar pediatrik, ejen insurance’

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Saya adalah seorang penjawat awam berumur awal 30 dan sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak lelaki.

Isteri saya tidak bekerja dan sudah pulang tinggal bersama keluarga saya di negeri P. Saya bekerja di negeri K.

Masa saya banyak dihabiskan dengan kerja. Dengan sentiasa oncall, locum dan sebagainya.

Saya memang tidak sempat buka sosial media dan baru-baru ini kawan saya ada menghantar tangkap layar komen isteri saya dimana-mana page, profile fb orang yang entah siapa.

Sudahlah menggunakan nama penuh, dp profile ada wajah saya sekali tapi dia ‘locked profile’.

'Isteriku kaki penipu, sekejap mengaku engineer, kejap pakar pemakanan, pakar pediatrik, ejen insurance'

Dia gemar membuat komen di akaun influencer agak terkenal dan mengelarkan lelaki itu abang. Influencer itu tidak layan dia pun tapi dia masih tetap menempel di situ.

Baru-baru ini ada sahabat bagi tangkap layar isteri saya komen mengenai ‘child free’ dan dia mengaku kononnya dia mengamalkan child free walhal anak kami dah 3 orang.

Belum lagi isteri saya komen yang kononnya dia wanita bekerjaya. Kerja yang pelbagai mengikut situasi isu yang digosipkan.

Bayangkan, sekejap jadi engineer, kejap jadi inspektor kesihatan, kejap jadi manager kilang, pakar pemakanan, pakar pediatrik, ejen insurance dan entah bermacam lagi jenis pekerjaan.

Pernah tu dia bergaduh dengan mat ‘rempit’ terus lepas tu dia komen dia bekas ‘rempit’, konon saudara mara ramai jadi ratu cantik zaman dahulu kala, pernah jadi jurulatih sukan bergaduh di gym,

Walhal isteri saya ni kerjanya hanyalah makan dan main phone sahaja dan mempunyai berat hampir 85kg.

Tergamak dia menipu di fb kononnya aktiviti wajib hari-hari adalah jogging hampir 7.5km setiap hari. Siap menipu berat dia 60kg dengan ketinggian 162cm walhal itu semua dusta belaka.

Saya tak tahu apa yang dia cari di fb. Isteri saya memang tiada kawan di dunia luar kerana perangai dia yang sebegitu.

Bila saya suruh kurangkan menjadi delusional, dia marah. Dia cakap di fb takpe menipu sekali sekala, bukan orang tahu pun.

Saya jadi malu kerana sedikit sebanyak nama saya terpalit sama.

Tolong kalian semua apa patut saya buat. Patutkah saya tinggalkan dia sahaja tapi dia ada mdd.

Saya banyak kali tegur mengenai hal ini dan dia masih tidak berubah langsung.

Paling kelakar, dalam diam fb saya pun dia tukar ke locked profile. Saya check muka lelaki dia rajin berbalas komen, tak kacak pun cuma lelaki itu terkenal di fb. Bukan seorang dua, ramai.

Yang paling jelik, dia juga gigih berkawan dengan akaun yang pelik. Sama-sama join mencerca netizen lain.

Harap kalian dapat memberi komen membina. Nanti ada masa saya akan baca satu-satu.

BACA: Penumpang kongsi detik akhir pesawat Azerbaijan terhempas, sempat mengucap