Isu buluh : Menjelaskan kitaran propaganda terancang

Isu buluh : Menjelaskan kitaran propaganda terancang

Isu buluh banyak menerangkan kenapa sebelum ini (2018-2019) nampaknya PH seperti teruk pada pandangan walauns.

Sebenarnya PH telah berfungsi sebagai kerajaan dengan cemerlang (walaupun ada deep state sangat deeeep..). Tetapi akibat dua puak yang bermain sentimen; satu sentimen agama tambah pulak satu lagi main sentimen kaum; mereka olah isu supaya nampak PH ni teruk.

Alhamdulillah tak semua termakan. Alhamdulillah sekarang tembelang mereka ini semakin terbongkar.

Apa yang berlaku ialah; pembangkang 2018-2019 telah bekerja keras untuk mencipta persepsi tidak benar terhadap PH dengan 5 langkah simple tapi berkesan. Sebab itu isu buloh ini sebenarnya dah jelas sangat apa yang berlaku, tetapi kelihatan macam beberapa walaun macam tak boleh nak faham; seperti sel otak mereka tidak boleh berhubung dengan baik.

Mari kita ambil contoh bagaimana isu buluh ini menyerlahkan ‘kebulohan’ segelintir kelompok ini (supaya rakyat jelata mudah nak cam sandiwara mereka nanti).

LANGKAH SATU: PETIK

Petik kenyataan PH di luar konteks. Buat headline yang nampak teruk. Pilihan mereka adalah:

PH tidak melaksanakan manifesto.
DAP ingin menghakis kuasa Melayu.
Amanah mengikut telunjuk DAP.
Islam terancam
PKR & DSAI adalah Islam Liberal .
Kleptokrat tidak bersalah dan jadi mangsa fitnah.

Padahal apa yang sebenar disebut adalah berbeza sekali; isu kasut hitam, LGBT, PTPTN, pemandu mabuk, tulisan jawi, UEC, buluh, Zakir Naik, pesta arak, Kampung Baru, zakat untuk LGBT, dan beberapa lagi.

LANGKAH DUA: HEADLINE

Buat satu berita dengan headline yang provokatif giler. Sebab ada jenis orang yang buat kesimpulan dengan headlines saja. Adakalanya headline tu lari terus dari maksud sebenar kenyataan. Ini diterbitkan oleh media cetak / portal berita propaganda mereka.

LANGKAH TIGA: PRINTSCREEN

Cytro akan printscreen headline dan buat komen dalam bentuk tanda soal dan doa. Contoh:

Adakah Melayu sudah dikuasai mereka?
Ya Allah, selamatkanlah kami daripada golongan munafikin.
Sampai bila DAP nak cabar kesabaran kita?
Sanggupkah kita biarkan Melayu merempat di tanahair sendiri?

LANGKAH EMPAT: VIRAL

Walaun bersama dengan labu-labunya akan SHARE, LIKE, COMMENTS. Ada yang ulang LANGKAH TIGA dan tambah lagi. Ada penceramah bebas sebar fitnah dalam masjid. Ada pulak bapak ultra sebar dalam group Wassap PIBG sekolah. Ada juga untit meracau dalam group alumni sekolah rendah. Dua tiga kerat ni kalis teguran. Bagi mereka, inilah jihad.

LANGKAH LIMA: SENTIMEN

Kaitkan isu dengan sentimen kaum dan agama. Islam terancam, Melayu terpinggir. Nak lagi sedap, kaitkan dengan teori konspirasi dan iluminati. DAP dan Freemason. Pada peringkat ini, semakin banyak dalil dari Al Quran dan Hadis dipetik sesuka hati untuk mengesahkan ‘kesyuragaan’ mereka. Padahal mereka hanya menunjukkan ‘kebulohan’ mereka kerana gagal memahami situasi sebenar.

Itulah lima langkah mudah yang menjadi Kitaran Propaganda aktif dari 2018 – 2019 semasa kali pertama PH menjadi kerajaan. Harap selepas ini, apabila PH kembali ke Putrajaya untuk perform dengan lebih baik, rakyat semakin celik dengan ‘kebulohan’ puak-puak ini dan kekal fokus membangunkan negara yang tercinta ini.