Isu kahwin rahsia : MK K-Clique mohon maaf pada peminat yang patah hati

Isu kahwin rahsia : MK K-Clique mohon maaf pada peminat yang patah hati. Sebelum ini, penyanyi MK K-Clique seolah sedang menggambarkan bahawa hatinya kini sudah dimiliki setelah memuat naik foto dengan seorang gadis istimewa beserta kapsyen romantis.

Teman wanita?

Ketika ditemui OhBulan!, MK ditanya adakah wanita yang dikenali dengan nama Hajaar Siti itu teman wanitanya. Tidak mengiyakan atau menafikan, MK, 26, berkata gadis berhijab itu merupakan individu yang dia hargai.

Orang boleh cakap appreciation post (sambil senyum). Saya kongsi sebagai tanda hargai seseorang. Saya kongsi personal life sebab media sosial dah penuh sangat dengan kerja.

Sedikit sebanyak para peminat ingin tau, jadi saya buat. Saya nak peminat anggap wanita tersebut sebagai orang yang saya hargai. Itu sahaja.

Isu kahwin rahsia : MK K-Clique mohon maaf pada peminat yang patah hati

MK berkata demikian ketika majlis pratonton filem Rompak yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumput, pada Sabtu.

Masih perbaiki diri

Kemesraan antara pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan dengan gadis itu juga telah menimbulkan dakwaan yang mereka sudah berkahwin.

Namun, katanya lagi, itu hanya spekulasi semata kerana dia masih dalam proses memperbaiki diri sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Saya belum berkahwin. Saya masih di fasa memperbaiki dan mengenali diri. Adakah saya mampu untuk menuju ke fasa tersebut? Adakah mampu untuk membina keluarga? Saya masih dalam proses itu.

Seperti yang korang tau saya macam mana sebelum ini. Tapi..alhamdulillah selepas pandemik membawa banyak kesan positif.

Dalam pada itu, pelakon drama The Hotel turut memohon maaf kepada peminat yang patah hati dengan menyatakan dia langsung tidak berniat untuk mengecewakan hati mana-mana pihak.

Pertama kali saya minta maaf. Saya tidak berniat untuk mengusik hati sesiapa. Saya tidak berniat untuk mengecewakan sesiapa. Sebab saya hargai setiap individu yang ada di belakang untuk memberi sokongan. Saya sangat hargai peminat.. tanpa mereka siapa la saya.

Sumber: Instagram @hairiwhuut

BACA:

Rafizi timbalan presiden PKR yang baru, Saifuddin ucap tahniah

Asal hanya buat group suka-suka, lebih 1,000 suami minat masak berhimpun

Peranti siswa untuk pelajar B40 tangguh lagi, ini respon menteri