Jadi kafir jika kata perubatan Islam perlu dibuktikan?, Ini satu penjelasan..

Pendapat begini sangat bahaya. Ia menjurus kpd takfiri hanya berlandaskan sedikit ilmu yang ada.

Sedangkan bukan semua hadis Nabi s.a.w. walaupun sahih, merupakan wahyu tasyri’ (perundangan) yang baginda sampaikan dari langit.
Perbahasannya panjang oleh para ulama yang bertakhassus.

Ada hadis yang Nabi s.a.w. ucapkan sebagai nabi utusan Allah yang menyampaikan risalah, khususnya dlm ibadat dan ghaibiyat / perkara ghaib. Hadis begini jika sahih memang tak boleh dipertikaikan.

Ada hadis yang baginda ucapkan sebagai seorang panglima perang. Ia bukanlah wahyu dari langit. Sebab itu Salman al-Farisi mencadangkan pembuatan khandak atau parit besar sebagai strategi perang dan baginda bersetuju dgn cadangan Salman dan melupakan cadangan asal baginda. Kerana ia bukan wahyu risalah dari langit.

Ada hadis baginda tentang ketiadaan manafaat mendebungakan bunga pokok kurma sebagai usaha untuk melebatkan buah. Sahabat yang mulanya akur kerana menyangka ia wahyu dan tidak melakukan pendebungaan, datang mengadu pada tahun berikutnya kurma mereka tidak menjadi. Lantas Rasulullah sa.w. mengatakan itu hanyalah pandangannya dan para sahabah yang telah lama pengalaman berkebun kurma lebih tahu tentang hal urusan keduniaan mereka (pendebungaan kurma). Itu bukan wahyu risalah.

Di sana banyak lagi contoh hadis ucapan atau tindakan Nabi sa.w. yang bukan wahyu dan bukan penyampaian risalah daripada Allah s.w.t. Para ulama yang takhassus telah lama membahaskannya seperti Imam Malik bin Anas (m. 179H), Ibn Qutaybah al-Dinawari (m. 276H), al-Qadhi ‘Iyadh al-Yahsubi (m. 544H) dan ia sampai kemuncaknya di tangan Shihabuddin al-Qarafi (m. 728H) dengan kitabnya al-Furuq yang membahagikan hadis Rasulullah kpd empat kategori, iaitu:

1. Tabligh / penyampaian risalah Allah,

2. Pemberian fatwa,

3. Tindakan sebagai hakim dan

4. Tindakan sebagai pemimpin politik.

Bukan semua hadis itu boleh diletakkan setempat dan diamalkan. Tak cukup dengan hanya mengatakan kita beriman dgn al-Quran dan hadis, maka sesiapa pun tak boleh sentuh maksud al-Quran dan hadis itu.

Seseorang yang berkata perubatan Islam perlu dikaji bukanlah bermakna dia telah kafir dengan ajaran Nabi s.a.w., tetapi kerana ingin menjaga kemaslahatan manusia yang boleh terjejas jika mengamalkan apa2 rawatan yang disifatkan sebagai perubatan Islam atau makanan sunnah itu tidak dikawal dan disahkan menurut disiplin ilmu perubatan.

Awas, jangan kata perubatan alopati di hospital itu bukan perubatan Islam. Dan jangan mendakwa ‘perubatan Islam’ yang anda amalkan itu adalah kudus, suci dan tak boleh dipertikaikan atau dikaji semula.

Topik bukan semua hadis sebagai wahyu risalah ini topik yang panjang dan mendalam. Bahkan bukan semua ulama mendalaminya. Antara segelintir ulama kontemporari yang cemerlang dalam pengkategorian hadis ini ialah Dr. Sa’d Eldin al-Uthmani (Perdana Menteri Morocco sekarang) dengan bukunya Tasorrufat al-Rasul bil Imamah (2013) dan Juhud al-Malikiyyah fi Tasnif al-Tasorrufat al-Nabawiyyah (2014).

Tak cukup sekadar anda belajar agama sedikit sebanyak, anda ingin menjadi penyukat iman orang lain dengan pengetahuan anda yang terhad itu.

Sumber:

CATEGORIES