JAINJ akan rungkai misteri pernikahan wanita dengan pemain hoki India

JAINJ akan rungkai misteri pernikahan wanita dengan pemain hoki India

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri bagi mendapatkan bukti sahih dan nyata mengenai pernikahan wanita yang berkahwin dengan kapten pasukan hoki India di Punjab awal minggu ini.

EXCO Agama, Tosrin Jarvanthi, berkata, JAINJ akan menyembah maklum hasil laporan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, sebelum sebarang kenyataan rasmi dibuat.

“Saya mewakili JAINJ meminta umat Islam bersabar dan jangan menimbulkan sebarang tafsiran negatif mengenai isu ini dan serah pada JAINJ untuk siasat,” katanya pada sidang media.

JAINJ masih belum memanggil sebarang individu termasuk ahli keluarga wanita berkenaan untuk diambil keterangan dan menumpukan siasatan kepada pengumpulan bukti terlebih dahulu, katanya.

Ditanya sama ada wanita berkenaan sudah bernikah di Johor, Tosrin enggan mengulas lanjut dan menegaskan siasatan terperinci masih dijalankan.

“Siasatan kes ini akan dijalankan secara teliti dan berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya salah faham dan mengundang ketidaktenteraman antara kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/21/jainj-sedang-kumpul-bukti-nyata-dan-sahih/