Jakim tak pernah terima sebarang ‘bukti’ nasab Mawla Amin

Oleh ISMAIL YAHYA

Hari ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan menerima sebarang bukti dokumen berkenaan nasab lelaki warganegara Algeria,

Muhammad Amin al-Idrissi atau dikenali sebagai Mawla Amin, yang didakwa memiliki garis keturunan Nabi Muhammad SAW.

Kenyataan penafian ini diumumkan susulan tuntutan penganjur program ‘Mawla’ di negara ini,

Jakim tak pernah terima sebarang 'bukti' nasab Mawla Amin

Nur Al Mustafa Malaysia, minggu lepas yang mendakwa telah mengemukakan dokumen sokongan kepada JAKIM.

“Jakim ingin maklumkan bahawa kami tidak menerima sebarang dokumen seperti yang dinyatakan oleh pihak Nur Al Mustafa Malaysia berhubung nasab ‘Mawla Amin’,” kata JAKIM.

Pada 22 Februari yang lalu, Pengerusi Nur Al Mustafa Malaysia, Hasnul Hakim Mohd Zain mendakwa bahawa ‘bukti’ tersebut telah diserahkan kepada JAKIM Pulau Pinang dan Melaka untuk mendapatkan kelulusan bagi ceramah lelaki tersebut.

Jakim tidak terima bukti dokumen nasab 'Mawla Amin' - Media Variasi

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa kehadiran Mawla Amin di negara ini untuk memberi ceramah agama akan terus dipantau dengan teliti.

Jika terdapat sebarang tindakan yang melanggar undang-undang, kementerian berserta pihak berkuasa negeri akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

BACA: “Patutlah takde yang hormat mertua, sampai ada yang setahun pun tak bertegur mertua, rupanya ini perangai mak mertua sebenarnya!”