Seorang wanita di Pattaya Timur mencetuskan perhatian ramai apabila menangis teresak-esak di tengah jalan
sehingga menyebabkan lalu lintas terhenti sepenuhnya, lapor laman berita Thaiger.
Kejadian berlaku di Khao Noi kelmarin, melibatkan seorang wanita dikenali sebagai Pornpit Lekjan, 37 tahun.
Dia dilihat duduk di atas jalan dalam keadaan sugul dan bersedih.
Beberapa pengguna jalan raya yang terkejut dengan situasi itu menghampiri Pornpit untuk mengetahui apa yang berlaku
Wanita tersebut memberitahu bahawa dia baru sahaja ditinggalkan oleh teman lelakinya yang memutuskan hubungan mereka.
Tidak tahu ke mana harus pergi, Pornpit berjalan sejauh lebih 5 kilometer sebelum berhenti dan duduk di tengah jalan untuk menangis. Dia juga memaklumkan bahawa dia sedang menunggu saudaranya datang mengambilnya.
Polis yang dimaklumkan mengenai insiden tersebut segera tiba di lokasi untuk memastikan keselamatan wanita itu dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Dia kelihatan sangat lemah. Mujur kami tiba tepat pada masanya,” kata seorang anggota polis.
Pornpit kemudiannya dibawa ke balai polis terdekat sementara ahli keluarganya dihubungi untuk menjemputnya. Kejadian itu mencetuskan simpati pengguna jalan raya yang menyaksikannya.
BACa: Kecoh transgender bertelekung depan kaabah, ini respon Majlis Agama Islam