Jalil Rasheed simbol anak muda berjaya yang diangkat kerajaan PH

Jalil Rasheed simbol anak muda berjaya yang diangkat kerajaan PH

Sekitar tahun 2018-2019, kerajaan giat melakukan reformasi institusi dalam pentadbiran negara. Kita harus ingat, “pentadbiran” ini bukan sahaja melibatkan Dewan Rakyat dan Kementerian sahaja (banyak juga reformasi telah dilaksanakan di sini), tetapi ia juga melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pertama, kita buka ruang mentadbir GLC kepada mereka yang benar-benar pakar dalam pelbagai bidang.

Kedua, kita jemput dan angkat orang-orang muda Malaysia untuk berkhidmat dan mentadbir GLC.

Apa yang kerajaan sedar waktu ini adalah sebenarnya ramai anak-anak muda Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman luas dan syarikat multinasional di luar negara memang gemar mengambil anak Malaysia bekerja.

Waktu ini jugalah nama Jalil Rasheed ditinjau oleh kerajaan. Berusia 38 tahun, Jalil berpengalaman dalam mengurus dan melaburkan asset di Asia Selatan berjumlah lebih 1.2 trilion dolar di lebih 25 buah negara!

Ini peluang emas kerajaan untuk meraih pengalaman anak muda ini berkhidmat di dalam GLC negara. Pucuk dicita, ulam mendatang. Jalil bersetuju untuk pulang berkhidmat walaupun akan menanggung 90% potongan pendapatan jika berkhidmat di Malaysia!

Akhirnya, Jalil dilantik menerajui Permodalan Nasional Berhad sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB.

Ini benar-benar perubahan positif kepada sejarah pengurusan asset negara. Kita perlukan orang yang berpengalaman luas, mempunyai perspektif kontemporari dalam ekonomi global dan paling penting, nilai patriotic sehingga sanggup pulang berbakti kepada negara.

Itu cerita perlantikan Jalil pada pertengahan tahun lepas.

Hari ini, khabar menyedihkan apabila Jalil diberhentikan khidmat di Permodalan Nasional Berhad. Strategi dan cara pandang kerajaan hari ini dilihat lebih utamakan ahli politik menerajui GLC berbanding anak muda yang benar-benar layak menjaga asset negara.

Mungkin pandangan kerajaan adalah Jalil masih muda. Atau Jalil tidak ada pandangan politik yang serupa. Apa-apa pun, apabila saya dengar cerita perberhentian ini, saya fikir yang menanggung rugi dan sakit akibat langkah ini bukannya Jalil, tetapi PNB dan strategi menguruskan asset negara yang tergadai.

Jalil masih Jalil. Beliau sudah jauh berkhidmat di luar negara dan khidmatnya ditagih banyak syarikat. Saya percaya ini semua bukan masalah bagi beliau. Tetapi, PNB dan masa hadapan banyak GLC negara makin kelam. Mungkin politik mengatasi bakat dan merit dalam mentadbir asset negara.

Saya doakan yang terbaik untuk negara.

Sumber :