Saya dalam 20 an baru berkahwin dalam setahun. Suami saya berumur sikit, dan duda ada seorang anak lelaki.
Sebelum kami kahwin dia dah dalam proses bercerai bercerai kerana bekas isteerinya durh4k4.
Anaknya tinggal bersama ibunya dan saya dan suami juga hubungan jarak jauh. Beberapa bulan sekali saya jumpa suami.
Anak dia baru sekolah rendah. Kadang2 suami duduk dirumah bekas isteri dengan alasan tidur dengan anak. Saya cuma nak pendapat betul ke saya rasa sedih dengan tindakan suami saya.
Masalahnya sekarang j4nd4 suami baru sahaja membeli kereta baru dan suami yang bayarkan sebanyak RM3000 sebulan dan suami kata untuk anak. Bekas isteri ni masa kahwin suri rumah sepenuh masa sebelum ini tapi anak nya sorang sahaja dan pada saya boleh lah dia kerja untuk bayar kereta sendiri,
sekurang kurangnya separuh. Saya sendiri pon tidak pakai kereta, cuma naik public transport. Yang saya sedih juga, suami bagi allowance pada saya kurang daripada anak dia.
Anaknya dapat rm2000 sebulan untuk duit makan. Yuran sekolah, klinik atau baju semua bekas isteri akan claim. Sekali shopping mesti beribu2. Suami saya akan bayar lain pula untuk shopping dan lain lain.
Bajunya sehelai pon beratus. Saya dapat rm1500 sebulan, dan itulah duit makan saya, duit transport dan duit shopping. Husband memang bukan kedekut orang nya, dan kalau saya balik jumpa dia memang dia belikan macam macam.
Tapi saya kesian dia sendiri nak beli apa apa untuk diri dia fikir banyak kali. Anak dia sekali beli kasut Rm700, padahal baru sekolah rendah. Kalau dia cakap pakai la duit yang ada, bekas isteri akan meng4muk kata rezeki suami itu ada rezeki anak apa semua sedangkan suami yang sediakan dari A-Z.
Dia satu sen tak perlu keluar duit. Rumah itu pon suami yang beli sebelum ini. Suami akan ambik anak masa cuti sekolah.
Suami jenis kerja pindah randah sebab itulah anaknya tidak tinggal dengan dia. Pada saya boleh je cakap ‘NO’ pada anak, parents kita pon bukan jenis bagi barang beribu2 dan takut anak merajuk dan itu tidak buat seorang parent jadi j4hat pon.
Bekas isteri dan anaknya pon kalau pergi holiday luar negara, suami bayarkan untuk bekas isteri dan anak. Pada saya itu bukan tanggungjawab bekas suami.
Mula mula sebelum kahwin saya ada lah intention untuk baik dengan bekas isteri. Mula2 ajak bermadu tapi dia taknak. bekas isterinya sangat anno ying dan telefon keluarga suami buruk burukkan saya, kemudian marah marah suami melarang berkahwin dengan saya, kata bahawa saya bukan perempuan baik walaupun tidak kenal saya.
Saya marah masa tu kerana suami tidak marah pon bekas isteri dia m4ki h4mun saya. Lepas berkahwin saya terus tak suka per€mpuan itu. Saya bercadang untuk bawa suami saya berubat.
Suami seperti ikut telunjuk j4nd4 nya Kami asyik gaduh kerana pada saya suami melakukan lebih daripada tangungjawab dia. Bekas isteri marah kata suami patut jumpa anak selalu, jangan asyik berkepit dengan saya. Padahal kami juga long distance relationship.
Tapi bila bekas isteri datang dengan anaknya, dia bawa anaknya keluar sampai malam, suruh tidur dan makan bersama dia walaupun suami mahu jumpa anak dan tidur dengan anak. Dia suka gunakan anak untuk dapat apa yang dia nak.
Bila suami kata tak pada demands dia, dia akan kata anak dia marah pada suami sebab buat dia sedih. Pernah dia mintak duit dari suami (selepas bercerai yee) untuk duit modal buka bisnes dan dia suruh anaknya message suami. Dia suka buat suami rasa bersalah pada anak. Nasib baik suami tak bagi.
Dalam hal ini saya ke yang tak faham. Suami kata saya tidak faham dia lakukan demi anak dan kami bergaduh selalu pasal ni. Saya sangat sedih. Saya nak tanya suami di luar sana kalau ada bekas isteri anda akan lakukan ke semua ni?
Perlu ke sebenarnya bayar kereta rm3000 sebulan, kemudian nafkah beribu ribu sebulan untuk seorang anak? Kemudian holidays trips overseas juga kena bayarkan.
Bekas isteri siap mintak rm500 untuk beli bag buat guru anaknya dan suami saya bagi walaupun pada saya tak make sense langsung bagi hadiah guru rm500. Guru apa tu ambik hadiah mahal gitu? -isteri yang keliru
BACA: Tapak rumah allahyarham Sudirman kini tinggal kenangan