‘Jangan ada pihak yang cuba pecah belah perpaduan Bangsa Johor’, Sultan Johor sindir pembangkang?

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

‘Jangan ada pihak yang cuba pecah belah jambatan perpaduan Bangsa Johor’, Sultan Johor sindir pembangkang?.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengingatkan Bangsa Johor perlu menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.

“Jangan ada pihak yang mencuba sebarang usaha untuk memecahbelahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor.

'Jangan ada pihak yang cuba pecah belah jambatan perpaduan Bangsa Johor', Sultan Johor sindir pembangkang?

“Sejak dahulu lagi, saya sentiasa menitikberatkan dan mengingatkan semua bahawa persefahaman dan saling hormat-menghormati antara kaum menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.

“Konsep Bangsa Johor adalah menyatukan semua rakyat Johor terdiri daripada pelbagai kaum dan kekal diamalkan sekian lama di negeri ini.

“Saya memberi amaran jangan ada cubaan daripada mana-mana pihak yang mahu memecahbelahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor ini,” titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Baginda bertitah, Bangsa Johor yang kekal harmoni dan bersatu-padu bukan sahaja menjadikan masyarakatnya lebih baik, malah membawa kemakmuran kepada negeri ini.

“Jauhilah sifat hasad dengki, dendam dan buruk sangka kerana ia adalah satu penyakit merbahaya yang hanya mengundang keburukan kepada masyarakat dan negara,” titah baginda.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penyaluran peruntukan besar kepada Johor dalam Belanjawan 2023.

“Alhamdulillah atas peruntukan yang diberikan dan moga hubungan baik kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus diperkukuhkan demi kemakmuran negeri serta rakyatnya,” titah Baginda.

BACA:

Kerajaan negeri ‘prihatin’, tahukah anda? Ada 1 negeri dalam Malaysia salur air kopi tiap hari kepada rakyat

Pernah 2 kali putus tunang! Akhirnya Nasha Aziz dedah berita gembira di usia 51 tahun, Tahniah!