‘Jangan Hadi-Awangkan kami bang’ Pekin jawab dakwaan persenda nama pemimpin Pas

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Individu yang menyebarkan fitnah dan salah faham mengenai maksud hantaran tersebut lebih layak dianggap menghina tokoh berkenaan.

Menjelaskan asal-usul isu tersebut, Pekin berkata dia tertarik dengan satu komen yang dimuat naik dalam hantaran

TikToknya mengenai barang yang dijualnya. Komen tersebut menyebut secara sinis: “Jangan Hadi Awang-kan kami bang,” yang merujuk kepada presiden PAS.

“Aku faham bahawa pengomen itu adalah seorang yang matang dan bukan budak-budak.

Dia menggunakan nama Hadi Awang dengan cara bual.

'Jangan Hadi-Awangkan kami bang' Pekin jawab dakwaan persenda nama pemimpin Pas

“Bagi dia, Hadi Awang mungkin tidak betul atau apa, aku tidak pasti, namun maksud komen itu adalah supaya jangan tipu kami.

“Aku membalas komen itu dengan menggunakan nama Nik Aziz (Nik Mat). Sebagai orang Kelantan, tentu aku ingin menggunakan nama Nik Aziz. Allahyarham seorang ulama yang baik dan dekat dengan orang Kelantan.

“Tiba-tiba, ada seorang pencipta kandungan di YouTube yang mengambil komen itu dan menjadikannya hantaran di TikTok dan Facebook tanpa memahami maksud aku, dan ia menjadi tular. Mereka (netizen) mengatakan aku mempermainkan nama Tok Guru,” katanya.

Pekin menjelaskan lebih lanjut bahawa dia sebenarnya tidak memerlukan sebarang perhatian daripada orang ramai, tetapi kontroversi yang tercipta itu membuatnya “popular” tanpa dirancang.

Tuduh tidak ada adab

Pada masa yang sama, Pekin menegaskan bahawa orang yang menyebarkan komen tersebutlah yang sebenarnya ingin menarik perhatian, kerana tindakan itu mengundang lebih ramai orang ke akaun media sosialnya.

“Sebab kalau ambil perkara seperti ini untuk buat kandungan, lebih tidak ada adab; mereka nak perhatian,” katanya.

Menurut Pekin yang berusia 42 tahun, dia hanya membalas komen individu yang memetik nama Abdul Hadi secara santai, dan langsung tidak ada niat untuk tidak menghormati Nik Aziz yang lebih mesra disapa Tok Guru.

Kata pengarah filem KL Wangan itu, sebagai anak jati Kelantan, sudah tentu dia sangat menghormati Nik Aziz yang memang disanjung ramai atas keperibadian dan ilmunya.

“Aku pergi ke Facebook pencipta kandungan tersebut dan cuba jelaskan maksud aku, tetapi jawapan dia tetap sama, jadi aku habiskan di situ; sudah jalankan tanggungjawab untuk menjelaskan kebenaran.

“Dia kemudian membuat satu hantaran lagi menuduh aku tidak ada adab kerana tidak menyebut Tok Guru tetapi hanya Nik Aziz,” katanya.

Pekin mendakwa bahawa dalam perbualan santai, nama bekas menteri besar Kelantan biasanya akan disebut dalam dua bentuk sahaja, iaitu Tok Guru atau Nik Aziz.

“Jika aku menggunakan Tok Guru, orang yang bertanya bukan dari Kelantan mungkin tidak akan faham,” katanya.

Sebelum ini, Pekin memuat naik hantaran menjual aksesori peralatan kereta, sebelum seorang netizen meninggalkan komen dengan memetik nama Abdul Hadi. Ini kemudian menarik perhatian pengguna media sosial lain selepas Pekin membalas komen tersebut dengan memetik nama Nik Aziz.

Netizen, antaranya, tidak berpuas hati kerana menganggap Pekin menjadikan Nik Aziz sebagai bahan jenaka.

Menurut Pekin, dia tidak terkilan dengan kecaman yang ditinggalkan netizen terhadapnya kerana sebagai seorang anak seni, dia sudah biasa dengan situasi seperti itu.

Suami kepada aktres Mona Allen itu juga menegaskan bahawa dia bukanlah seorang yang tidak boleh menerima teguran. Menurut Pekin, dia sentiasa mengalu-alukan teguran yang diberikan dengan cara yang baik dan membina.

“Saya sudah berpuluh tahun dalam industri, jadi kecaman atau apa sahaja sudah lali, tetapi saya tidak salahkan netizen kerana mereka tidak memahami situasi dan membaca dari satu sumber sahaja iaitu hantaran saudara yang sememangnya salah.

“Jika saya salah, tegur dengan baik atau melalui DM (Direct Message). Saya juga akan dengan rendah hati meminta maaf. Saya sedar akan khilaf saya, buktinya ada di TikTok saya di mana saya menerima teguran dengan baik,” katanya.

BACA: ‘Counter setting’ KLIA RM200-RM25000, pengarah syarikat warga Bangladesh ditahan SPRM