Memang benar bahawa cinta itu buta. Siapa sangka ramai wanita jatuh hati, tergila-gila kepada seorang lelaki dan ingin berkahwin dengannya.
Seorang warga emas dari Majalengka, wilayah Jawa Barat dikenali sebagai ‘Raja Playboy’
kerana telah berkahwin sebanyak 87 kali, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Tribunnews kelmarin.
Lelaki tersebut, yang hanya dikenali sebagai Kaan, berusia 61 tahun, mengakui bahawa beliau sedang merancang untuk berkahwin yang ke-88 dengan salah seorang bekas isterinya.
Menurut Kaan, beliau tidak mampu menolak permintaan bekas isterinya itu untuk kembali kepadanya kerana wanita tersebut amat tergila-gila padanya.
“SAYA MERANCANG UNTUK BERKAHWIN DENGAN BEKAS ISTERI DARI PERKAHWINAN KE-86. MESKIPUN SUDAH LAMA BERPISAH, PERASAAN CINTA ANTARA KAMI MASIH KUAT DAN SAYA TIDAK MAHU MEMPERMAINKAN PERASAANNYA.
“Selama ini, dia masih tergila-gila kepada saya walaupun usia perkahwinan kami dahulu hanya sebulan,” ujar Kaan.
Kahwin Sejak Usia 14 Tahun
Kaan, yang bekerja sebagai petani, mula berkahwin pada usia 14 tahun, dan gadis pertama yang dinikahinya berusia 16 tahun.
Beliau mengakui bahawa disebabkan sikapnya yang kurang baik ketika itu, isterinya meminta agar dia diceraikan selepas perkahwinan mereka berlangsung selama dua tahun.
Disebabkan peristiwa tersebut, Kaan mengaku merasa marah kepada bekas isterinya, dan dia kemudiannya mencari ilmu ‘kerohanian’ untuk membuat ramai wanita jatuh cinta kepadanya.
“NAMUN, SAYA TIDAK INGIN MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK ELOK KEPADA WANITA YANG SAYA KENALI DAN TIDAK MAHU MEMPERMAINKAN PERASAAN MEREKA.
BACA: Suami wajib cuba resepi Lempeng Pisang Kurma Madu ini! Sesuai untuk ibu berpantang