Jangan rasa kita saja bagus, sebar kebajikan kita seolah pusat zakat tidak berfungsi

Jangan rasa kita saja bagus, sebar kebajikan kita seolah pusat zakat tidak berfungsi

Satu perkara yang normal apabila kita melihat sesuatu kedaifan yang di tularkan di media sosial perkara pertama yang kita salahkan ialah Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tapi betulkah Zakat dan JKM sampai begitu sekali biarkan orang miskin tanpa ada sebarang pembelaaan.

Nanti dulu!

Dalam membuat kerja-kerja kebaikan ini kita jangan terlampau gelojoh sangat hendak beritahu kita saja bagus seolah-olah kita saja yang berbuat kebaikan dan orang lain terutamannya ajensi yang di amanahkan untuk melaksanakan tugas-tugas kebajikan seperti Zakat dan JKM tidak buat kerja.

Dulu kami pun begitu, sikit-sikit salahkan Zakat, sikit-sikit salahkan JKM, sikit sikit salahlahkan wakil rakyat, sikit-sikit salahkan kerajaan bila bertemu dengan golongan miskin seperti apa yang di tularkan oleh seorang pencari duit menggunakan sentimen simpati kelmarin.

Pada suatu hari kami bertemu satu keluarga sebijik macam yang di ceritakan oleh pencari duit menggunakan sentimen simpati kelmarin tu.

Makan tidak ada, anak OKU terbiar dan di ikat, rumah kotor nak mampos dan pendek kata kalau siapa tengok bukan saja akan timbul rasa simpati tahap maksima malah kemarahan terhadap ajensi berwajib, wakil rakyat, komuniti dan jiran-jirannya akan memuncak sepanas mentari merah di ufuk timur.

Lalu apa lagi hentam Zakat, hentam JKM, hentam YB, sindir jiran-jirannya dalam media sosialah dan di sambutlah oleh pembaca dengan simpati dan cacian terhadap pihak berkernaan.

Tanpa merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang kita letakan kesalahan tersebut terus saja kita maki hamun kerana kononnya membiarkan orang miskin tersebut terabai namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Sehinggalah satu lawatan semula kami bersama Zakat, JKM, Guru sekolah PPKI anak OKU keluarga beserta orang kampung dan jiran tersebut ke rumah mereka.

Di ketika itu barulah tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Bukan saja malu kerana serbu tidak pakai helmet malah rupanya kami menjadi pencipta fitnah terhadap ajensi seperti Zakat, JKM, wakil rakyat dan masyarakat setempat.

Nak tahu cerita sebenar tentang kisah tersebut click sini :

https://www.facebook.com/nasoruddin.shahmat/posts/2922520724452936?notif_id=1587404815332525&notif_t=feedback_reaction_generic_tagged

Untuk Ebit Liew saya nak berpesan

Fitnah itu tidak semestinya keluar dari mulut kita tapi fitnah itu juga datangnya dari tanggapan orang terhadap perbuatan kita.

Di kalangan khalayak perbuatan kita mungkin baik berlaka namun apa yang di lakukan oleh kita itu mendatangkan fitnah khalayak terhadap orang sekeliling.

Sumber :