Jangan rasa terlampau yakin ‘selamat’ bila layari laman web dalam Incognito Mod, sebenarnya ini yang berlaku.
Pernah tak korang guna mod inkognito untuk elakkan aktiviti korang dikesan?
Contoh kalau korang nak survey diskaun harga tiket biasanya akan guna kan mod ini sebab ia tidak akan direkodkan.
Tapi korang tahu tak yang mod inkognito ni tak bermakna korang selamat? Nak dipendekkan cerita, mod ini hanya tak dapat dilihat oleh pengguna kasual.
Mod inkognito memang tak simpan cache korang lepas tetingkap ditutup, tapi trafik internet masih lagi perlu pergi ke pelayan komputer korang
Dan di sepanjang ‘jalan’, kalau ada yang ‘memintas’ data korang, mungkin mereka tak tahu yang korang sebenarnya berada dalam mod tersebut.
Contohnya kalau korang log masuk ke mana-mana laman seperti Facebook atau Gmail. Walaupun data cookies dan penjejak korang dipadam selepas selesai sesi, tapi ia masih boleh digunakan semasa sesi aktif yang mana ia menghubungkan aktiviti anda antara pelbagai akaun dan profil.
Ini bermakna Facebook mungkin masih dapat lihat aktiviti korang dan sesuaikan algorithm pengiklanan sesuai dengan carian korang walaupun di mod tersebut.
Jadi, jangan sangka berada dalam mod inkognito tu korang dah selamat!
BACA: