Jangan seronok sangat, 6 bulan lagi tahulah deritanya ekonomi negara

Jangan seronok sangat, 6 bulan lagi tahulah deritanya ekonomi negara

Tengok macamana Allah tentukan. Alhamdulillah… Jatuh je PH, kita kena corona ni. Bayangkan kalau PH memerintah lagi macamana?” ujar seorang teman aku semalam.

“Sebab kita buat preparation dah lama bang. Since December last year kita dah prepared.” jawab aku. “Preparation is one thing. Tapi tengok pada ketelusan” balasnya pula.

‘Ketelusan?” tanya aku minta penjelasan lebih mendalam. “Takde la. Dalam pada PH kata takde duit, tiba-tiba ada lagi rupanya. Banyak pulak tu boleh kerajaan keluarkan”

Aku faham maksudnya. Sebenarnya ramai orang yang berfikiran sepertinya. Ramai yang menganggap PH menipu dengan mengatakan kantung kerajaan sudah kering ketika memerintah.

Dan mereka beranggapan, tujuan PH berkata demikian supaya nanti, duit itu boleh digelapkan. Entahlah. Mungkin mereka menganggap uruskan dana negara seperti urus duit keluarga.

Bila isteri minta duit, cakap tak ada. Dah habis bayar itu ini. Sekali boleh pula belanja awek satu pejabat keluar makan dan karaoke. Mungkinlah begitu tangapan mereka agaknya.

Dengan tenang aku jawab, “Kerajaan cuma keluarkan dalam RM22 bilion je bang…” Dan dia macam tak puas hati. “Itu seperti mana yang dijelaskan oleh Menteri Kewangan”

“Yang boleh jadi RM250 bilion tu sebab dia kira sekali duit KWSP, penangguhan semua bayaran pinjaman dan lain-lain. Hakikatnya yang kerajaan belanjakan hanya RM22 bilion”.

Belanjawan negara ini bukan senang-senang kita nak tipu. Sebab semuanya beraudit. Kalau boleh main tipu begitu, tak perlulah Najib sampai nak tubuhkan 1MDB dan SRC.

Laporan audit 1MDB pun tak perlulah sampai diubah bagai. Cukup setakat kata duit negara dah habis. Kemudian Najib bolehlah enjoy dengan duit yang kononnya dah habis itu.

Aku melihat perkara ini amat sukar untuk dijelaskan kepada penyokong kerajaan. Dan aku percaya, mungkin tak dapat ubah apa yang mereka percaya itu sampai bila-bila.

“Tapi bang… The worst is yet to come.” sambung aku kepada sahabat aku itu “6 bulan lepas PKP ni, kita akan nampak jelas kesannya. Masa tu kerajaan perlukan lebih banyak duit untuk boost economy.” Dan teman aku itu hanya diam.

Ya… 6 bulan selepas ini berakhir, kita akan lihat kesan lebih parah. Pengangguran, inflasi dan kesuraman ekonomi. Masa itu kita akan saksikan jika betul kerajaan punya duit atau tidak.

Sebab itu bila ada teman yang suruh aku ‘simpan peluru’ untuk lepas PKP aku jawab tak perlu. Sebab aku nampak kerajaan sekarang tidak ada persiapan ke arah itu.

Menteri Kewangan sendiri hidup dalam penafian. Menyangkal dakwaan kejatuhan harga minyak mentah bakal jejaskan ekonomi negara. “Bila pendapatan kurang, kita akan laraskan perbelanjaan” katanya.

Bagaimana aku nak berasa yakin kerajaan sudah bersedia kalau begitu jawapan Menteri Kewangan? Sebab itu PH minta adakan sidang dewan untuk bicarakan soal ini. Ini bukan kecil anak punya isu. Tapi takut sangat Muhyiddin nak buat sidang. Bimbang sangat mereka terkena undi tak percaya.

Dan nanti apa langkah kerajaan untuk laraskan perbelanjaan? Dengan mengurangkan jumlah kakitangan awam? Dengan menaikkan cukai? Dan mungkin perkenalkan semula GST?

Sebab itu aku kata, bila keadaan dah kelam kabut waktu itu, percayalah, yang asyik memuji Muhyiddin hari ini akan berlebih-lebihan memaki hamun kerajaan ketika itu.

Kejadian hari ini agak luar biasa. Dan kalaupun PKP dihentikan, kegiatan ekonomi kembali normal di negara kita, pemulihan ekonomi tidak akan berlaku pantas kerana negara lain masih ditekan pandemik.

Mungkin makan masa setahun untuk ekonomi dunia kembali rancak. Dan mungkin lebih. Melihat cara Amerika Syaikat tangani pendemik ini, aku tak begitu positif krisis ekonomi ini akan berakhir dengan cepat.

Yang pasti, hidup kita takkan sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Aku sendiri sedang menyusun bajet aku untuk menghadapi era pasca Covid-19 ini. Pastinya akan sangat sukar. Menakutkan.

Dan kalaulah terjadi pengurangan kakitangan awam, aku rasa unchailah yang akan paling gembira. Kerana itulah yang mereka sebut selama ini ketika PH mentadbir. Dah dapat, takkan nak sedih pula?

Sumber: