Jangan sesekali terima duit ada dakwat hitam kalau tak nak kena tangkap polis, ini sebabnya.Mesti ada di antara kita yang pernah melihat wang kertas yang mempunyai kesan dakwat padanya.
Jika terdapat individu yang ingin menukar atau memberikan wang seperti itu, kita jangan terima dan elakkan.
Terutamanya bagi peniaga-peniaga di luar sana. Mana tidaknya, mereka yang bergelar peniaga lebih terdedah untuk menerima wang kertas sebegini
Rupanya, ada sebabnya mengapa wang kertas yang mempunyai dakwat ini harus dielakkan. Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter, di mana seorang penggunanya memuat naik sebuah perkongsian mengatakan wang kertas yang mempunyai kesan dakwat ialah wang kertas dari hasil rompakan.
Menurut perkongsian yang di muat naik oleh @chrissytwittwit, beliau menyarankan kepada orang ramai supaya tidak menerima wang kertas tersebut walaupun daripada mana-mana sumbernya kerana ianya merupakan wang kertas dari hasil rompakan dari mesin ATM.
Dedahnya lagi, Majoriti mesin ATM di seluruh Malaysia telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini, jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin itu akan menyemburkan dakwat ink kesemua duit wang tunai yang ada dalam mesin tersebut.
TAKE NOTE! DUIT ROMPAKAN!!
jika kita menerima duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti dalam gambar x kiralah di kedai atau dmana-mana harap kita jgn menerimanya, kerana duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti ini adalah duit dari hasil rompakan melalui mesin ATM. pic.twitter.com/xB6K7cYw0D
— justcallmechrissy🧚♂️ (@chrissytwittwit) December 12, 2019
Apabila mesin ATM tersebut menerima impak yang kuat, letupan atau sebagainya ia secara automatik akan mengeluarkan dakwat bagi merosakan wang kertas tersebut supaya perompak tidak boleh menggunakannya lagi.
Bank Simpanan Nasional (BSN) turut menyarankan supaya orang ramai lebih berhati-hati tidak menggunakan wang kertas yang mempunyai dakwat padanya Pihaknya juga meminta mana-mana individu yang menerima wang sedemikian, terus laporkannya pada pihak polis.
Diharapkan dengan informasi sebegini, orang ramai akan lebih peka dan elakkan daripada menerima wang kertas seperti yang dinayatakan.
BACA: