Jangan simpan duit dalam bank kalau nak cepat kaya, Doktor ini dedah caranya

Oleh ISMAIL YAHYA

Satu perkongsian dari pempengaruh kewangan yang dikenali sebagai Dr Azam Zubir

Beliau telah berjaya mencuri perhatian ramai pengguna media sosial baru-baru ini.

Mana tidaknya, pencipta kandungan di platform TikTok itu berkongsi maklumat yang kini menjadi buruan ramai,

iaitu tips untuk memperkukuhkan kewangan.

Jelas Dr Azam, mereka yang menyimpan hasrat untuk cepat atau kekal ‘kaya’

Jangan simpan duit dalam bank kalau nak cepat kaya, Doktor ini dedah caranya

perlu menguruskan perbelanjaan atau kewangan berdasarkan tiga perkara penting ini:

1. Jangan Biarkan Duit di Dalam Bank

Disebabkan duit yang ditinggalkan di dalam bank akan ‘dimakan’ oleh inflasi setiap tahun, lebihan pendapatan anda boleh disalurkan ke institusi yang dipercayai.

Sebagai contoh, simpanan boleh dilaburkan dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji, ataupun pembelian emas daripada agensi berlesen.

2. Elak Berhutang untuk Membeli Barang Mewah

Apabila anda mula berhutang bagi membeli barang-barang mewah, komitmen kewangan anda akan meningkat dari semasa ke semasa sehingga dibelenggu dengan ‘hutang jahat’.

3. Hindari Pelaburan yang Menjanjikan Pulangan Tinggi

Pastikan anda tidak terpedaya dengan skim pelaburan ‘scam’ yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal atau, dalam kata mudah, ‘janji bulan dan bintang’.

“Kesimpulannya, jangan beli barang-barang yang tidak diperlukan dengan duit yang anda tidak ada hanya untuk ‘impress’ orang yang anda tidak suka,” tegas Dr Azam

BACA: Kecoh perlumbaan kereta mewah ‘Gumball 3000’ di Malaysia, Gumball 3000 itu apa sebenarnya?