Jangan terpedaya dengan isu Rohingya

Jangan terpedaya dengan isu Rohingya

Tiba-tiba isu Rohingya menjadi panas selepas seramai 60 etnik Rohingya maut dalam sebuah bot yang sarat dengan ratusan orang yang terkandas di Teluk Benggala lebih 2 bulan. Kejadian itu berlaku selepas Thailand dan Malaysia menolak untuk menerima mereka mendarat.

Pada awalnya emosi saya juga hampir terpengaruh dengan isu ini tetapi saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Najib dan Hadi Awang 4 tahun lalu berdiri satu pentas dalam himpunan di panggil Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya dengan nada keras Najib mengutuk dan akan membela nasib Rohingya begitu juga Hadi Awang. Berteriak rakyat Rohingya dan penyokong kedua parti. Lihatlah Melayu UMNO dan PAS sebagai pembela Islam.

Yang menghairankan saya kenapa Hadi Awang yang kini bergelar Menteri dan Menteri-menteri UMNO berdiam diri ke atas isu Rohingya? Dah ada kuasa atau dulu Hadi hanya retorik untuk menarik undi Melayu ?

Tak nafikan dalam setandan pisang tak semuanya elok. Memang ada perangai-perangai buruk dilakukan kaum Rohingya ini. Tapi adilkah ketika ini netizen diusik emosi mereka seolah Rohingya begitu keji sekali berbanding pendatang yang lain?

Tiba-tiba sejarah Rohingya pengganas muncul. Tiba-tiba Rohingya dianggap pendatang yang menggugat peluang pekerjaan warga tempatan. Tiba-tiba Rohingya difitnah mahu mempunyai hak seperti rakyat Malaysia?? Tiba-tiba Rohingya dianggap pengotor seolah olah bangsa Bangladesh itu bersih.

Mari kita baca hujahan DS Anwar Ibrahim. Menurut Anwar Ibrahim ada 6.7 juta pekerja asing di Malaysia, yakni 40% dari tenaga kerja Malaysia. Mereka terdiri..

  • 2.7 juta yg ada permit yg sah (pekerja asing yang sah)
  • 6 juta yg tiada permit (PATI – pekerja asing yang tidak sah)

Perlu dijelaskan di Malaysia ada 60,000 orang pelarian Rohingya di Malaysia yang berdaftar dengan UNHCR. Mereka bukan tenaga kerja di Malaysia. Mereka tak dibenarkan bekerja di Malaysia secara rasmi. Kebanyakannya bekerja sendiri. Maka mereka tidak pernah membolot peluang pekerjaan untuk orang Melayu.

YANG BOLOT PELUANG PEKERJAAN DARI ORANG MELAYU IALAH WARGA INDONESIA DAN BANGLADESH.

SOALNYA MENGAPA PANIK DENGAN 60 RIBU ROHINGYA…

PADAHAL YANG PATUTNYA – IALAH PANIK DENGAN 6.7 JUTA INDON & BANGLA – MEREKA INILAH YSNG SEBABKAN MELAYU MENGANGGUR DAN MEREMPIT !

BANYAK WARGA INDON DAH DAPAT KERAKYATAN MALAYSIA

MAKA JANGAN PANIK.. NANTI KENA PENDEMIK DALAM OTAK!

Apa yang dikatakan oleh DS Anwar ada kebenarannya dan perlu kita fikirkan. Mengapa rakyat difokuskan oleh media ke arah isu Rohingya?

Lebih pelik video yang memaparkan ucapan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) Zafar Ahmad Abdul Ghani telah dibuat subtitles yang kononnya dia meminta hak sama rata, kerakyatan dan mengatakan Melayu bodoh ( berlainan dari ucapannya )?

Malah ada suara penyamaran kononnya orang Rohingya menghina Melayu tersebar di Whatsapp. Tak cukup dengan itu Rohingya dituduh sebagai pembawa Covid-19. Sedangkan fakta dari jumlah pesakit bukan begitu.

Atas dasar itu kita kena berhati hati atas isu Rohingya yang saya anggap sedikit complicated. Kita memahami kita tidak boleh menerima kehadiran mereka dalam jumlah yang begitu ramai tetapi mengapa ada agenda memburuk burukkan Rohingya.

Mengapa Rohingya sahaja dianggap ancaman bukannya kepada warga Indonesia dan Bangladesh yang memonopoli pekerjaan rakyat tempatan?

Sedangkan warga Bangladesh menguasai pekerja di kedai-kedai minyak, Pasaraya, Kedai Serbaneka, hotel 1/2/3 bintang, pengawal keselamatan dan bermacam macam lagi di KL. Dulu semua pekerjaan itu dimiliki anak muda Melayu.

Adakah ada agenda untuk menghalalkan kemasukkan warga Bangladesh ke negara ini dalam jumlah yang begitu ramai? Kita kena tunggu dan lihat sebelum emosi kita dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu. Atau adakah ada isu lain yang cuba dialihkan?

Kita sebagai rakyat atau netizen berhati hati menulis dalam isu Rohingya. Lagi pun kita bukan seperti lembu yang dicucuk hidung kan. Fikir di luar kotak.

Cukuplah emosi anti Cina Dap itu telah merosakkan minda kita. Cukuplah kita melihat perangai busuk hati agamawan. Enough is enough. kita mesti menjadi masyarakat yang berfikir dan tidak mudah dibuli

Kita sudah jadi mangsa emosi Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun… cukuplah minda kita dibodohkan begitu sekali…rajinlah membaca dan rajin berfikir… Never trust anyone who has not brought a book with them.

Sumber :