Janna Nick beli rumah lagi, kali ini banglo empat tingkat siap dengan lif

Janna Nick beli rumah lagi, kali ini banglo empat tingkat siap dengan lif. Selebriti popular, Janna Nick, menjadi tumpuan warganet apabila berjaya mengumpul aset hartanah pada usia muda dengan memiliki kediaman kedua.

Pelaburan berbaloi

Ketika dihubungi, Janna, 27, bersyukur apabila berjaya membeli rumah sekali lagi biarpun memakan masa selama dua tahun.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Janna Nick (@jannanick)

Pemilik nama Nurul Jannah Muner berkata rumah kedua ini sangat berbaloi pelaburannya kerana lebih mewah untuk keselesaan keluarga.

Janna Nick beli rumah lagi, kali ini banglo empat tingkat siap dengan lif

Dua tahun proses saya nak mencari rumah yang sesuai. Alhamdulillah, jumpa juga yang bersesuaian dan bagi saya paling berbaloi.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur tapi tetap nak kena kerja keras lagi. Sebab semakin banyak komitmen, makin bertambah la kerja.

Untuk keselesaan keluarga

Dalam pada itu, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 memberitahu rumah mewah itu merupakan persediaannya untuk membesarkan keluarga.

Teman wanita kepada aktor Dini Schatzmann ini menjangkakan akan pindah masuk pada penghujung tahun hadapan.

Mungkin persediaan untuk membesarkan keluarga. Saya pilih pun untuk keselesaan keluarga saya yang ramai. Adik-adik lagi, mak semua nanti tinggal sekali.

Sekarang rumah itu belum lagi diubah suai… kena tunggu siap ubah suai sepenuhnya barulah pindah masuk. Mungkin hujung tahun hadapan.

Terdahulu, pelantun lagu Gatal itu berkongsi video ruang dalam rumah empat tingkat miliknya yang juga mempunyai lift di Instagram (IG) miliknya.

Untuk info, Janna Nick telah membeli rumah pertamanya yang bernilai kira-kira RM1 juta pada 2017.

BACA:

Senarai jemputan khas ke majlis pengebumian Ratu Elizabeth II tarik perhatian dunia

Kecewa kena tukar kelas, guru masuk peluntur dalam makanan pelajar

Wanita laung takbir di roadblock polis, terdiam anggota sekejap