Jantina perempuan tapi tiba-tiba tumbuh jambang, ini mungkin masalah kesihatan yang anda hadapi

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Wajah yang tiba-tiba ditumbuhi bulu pastinya akan merosakkan mood para wanita.

Keadaan ini menjadi lebih bimbang apabila bulu-bulu tersebut tumbuh lebih banyak,

Terutamanya di bahagian dagu atau bibir atas, persis seorang lelaki berjambang.

Jantina perempuan tapi tiba-tiba tumbuh jambang, ini mungkin masalah kesihatan yang anda hadapi

Beberapa wanita mengalami masalah ini di seluruh tubuh termasuk leher dan puting payudara.

Menurut pengarah perubatan di The Lowdown, Dr. Fran Yaett, kaedah mencabut bulu tidak akan menghentikan pertumbuhannya.

Menurutnya, ini mungkin merupakan petanda bahawa tubuh sedang mengalami masalah kesihatan tertentu, terutamanya berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon, di mana terdapat kelebihan hormon androgen dalam aliran darah.

Berikut adalah beberapa keadaan yang mungkin menjadi punca berlakunya masalah pertumbuhan bulu yang tidak diingini:

Sindrom Ovari Polikistik (PCOS): PCOS adalah keadaan umum yang mempengaruhi fungsi ovari wanita.

Keadaan ini sering menjadi penyebab utama pertumbuhan bulu yang berlebihan. Selain pertumbuhan bulu, PCOS juga boleh menyebabkan masalah seperti haid tidak teratur, penambahan berat badan, jerawat, rambut menipis, keguguran rambut dari kepala, dan kesukaran untuk hamil.

Sindrom Cushing: Sindrom ini jarang berlaku dan disebabkan oleh peningkatan hormon kortisol dalam badan, terutamanya disebabkan oleh penggunaan jangka panjang ubat steroid.

Hal ini dapat menyebabkan peningkatan hormon androgen dan pertumbuhan rambut yang berlebihan di beberapa bahagian tubuh.

Obesiti: Kegemukan atau berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang tidak diingini. Kondisi ini dikaitkan dengan peningkatan hormon androgenik.

Ubat-ubatan: Beberapa ubat, seperti testosteron atau danazol yang digunakan untuk merawat endometriosis, boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang tidak diingini.

Jika anda mengalami masalah ini dan bimbang tentang kesihatan anda, disarankan untuk berbincang dengan profesional penjagaan kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan penjelasan lanjut.

BACA: “Terpikat dengan suami orang, aku nekad merisik sendiri isteri dia, terus jumpa, pegang tangan wanita itu dan minta izin..”