Kalau awal perkahwinan sudah dimulakan dengan penipuan, sampai ke hati tua akan rasa menyesal.
Seorang wanita, Kak A (bukan nama sebenar) berkongsi bagaimana dia pernah menjadi mangsa kerakusan bapa-bapa saudara dan abang sepupu semasa sekolah rendah.
“Entah bagaimana nak mulakan yer. Saya Kak A, dah 5 series, panggil auntie pun boleh. Dari kecil lagi dah jadi mangsa kerakusan bapa saudara dan abang sepupu.
Tiada memori dibelai dipeIuk oleh nenek. Mungkin sebab taraf hidup dan pekerjaan ayah dan mak yang peringkat bawahan, taraf buruh-buruh kasar.
Ayah dan mak balik petang da penat, memang kami kurang perhatian. Adik-adik bila saya balik sekolah atau cuti, saya yang uruskan sebab saya anak perempuan sulung, atas saya, abang.
Disebabkan tanggungjawab kena jaga adik, pemangsa ambil kesempatan atas saya. Siap ugut lagi jangan bagitahu sesiapa.
Pernah kami sekeluarga pergi tonton tv di rumah nenek waktu malam. Saya tertidur, ayah dan mak biarkan saya tidur di rumah nenek. P
emangsa memang tunggu peluang, bayangkan saya yang berusia 8 ke 9 tahun terbangun daripada tidur bila ditindih dan dilondehkan seluar.
Suasana gelap, datang kekesalan kenapa saya ditinggalkan di situ untuk disakiti. Saya mematikan diri, berpura-pura tidur kerana takut.
Tapi, pemangsa celaka tu tahu saya sedar. Selepas dia puas, macam biasa disusuli ugutan.
Saya masih ingat dalam hati, saya marahkan tuhan. Marah sangat!! Sebenarnya permulaan ‘benda’ ni berlaku adalah secara rela.
Saya dimomokkan ianya suatu permainan. Disogok dengan gula-gula, diberikan perhatian yang saya tak dapat.
Memang la suatu perasaan yang seronok bila kita diberi perhatian dan hadiah walau cuma sebutir gula-gula.
Namun bila saya merasa permainan itu sesuatu yang menyakitkan, saya mula mengelak dan menolak. Kemudian ia berlaku secara paksa.
Kemudian, atas faktor kerja pemangsa-pemangsa ini telah berhijrah ke bandar dan negeri lain. Alhamdulillah, saya rasa lega sangat.
Adik saya makin bertambah dan rezeki kami juga bertambah. Ayah dan mak dapat beli rumah, kami pindah agak jauh dari rumah nenek.
Selama ni kami cuma menumpang atas tanah nenek. Mak berhenti kerja jadi surirumah. Berpindah rumah, berpindah juga sekolah.
Saya dah menengah waktu ni. Di sekolah baru, saya tak duga menjadi perhatian beberapa pelajar lelaki.
Suatu kejutan bagi saya. Tapi, saya sentiasa rasa diri saya kotor, jijik dan rendah diri. Ianya suatu tekanan bagi saya.
Bukan saja di sekolah, malah di perumahan baru itu saya juga diminati beberapa budak lelaki. Cuma kerana ayah saya garang, mereka cuma minat dari jauh.
Paling berani pun cuma utus surat. Zaman tu memang saya banyak dapat surat cinta. Dalam ramai-ramai peminat tu, saya putuskan nak couple dengan seorang senior kat sekolah. Kami tak keluar dating, cuma jumpa kat sekolah jer.
Waktu ni saya rasa, cuma nak rasa macamna rasa ada ‘pakwe’ jer kot. Suatu hari pakwe ajak join pergi rombongan kawan-kawan dia berkelah.
Saya ajak kawan saya teman supaya dapat izin dari ayah. Ditakdirkan, rombongan tu pulang malam, bodohnya saya sebab sangka paling lewat pun kami balik petang.
Tu la kali pertama dalam hidup saya keluar rumah balik malam. Ayah saya memang menyinga la, dia dah tunggu luar rumah.
Dekat luar rumah tu juga, dia marah jerit-jeritkan saya. Allah, malunya saya dengan orang lain, dengan jiran-jiran.
Tapi, saya memang jenis diam tak meIawan. Dalam hati saya pertikaikan kenapa sibuk nak jaga maruah sekarang?
Sedangkan maruah saya dah lama tercemar. Saya mengelak dan tak bertegur ayah lama. Bila duduk sorang-sorang saya cakap dengan diri sendiri.
Saya benci apa yang berlaku, kenapa saya tak dijaga betul-betul dari kecil. Kenapa bila dah remaja baru nak jaga saya betul-betul?
Saya dah kotor dari kecil. Dah lama kotor, jijik. Andailah ayah dan mak tahu. Tapi saya tak sanggup nak cerita.
Tak sanggup buat ayah kecewa, sedih atas perlakuan ahli keluarga dia. Saya akui, saya lebih sayangkan ayah saya daripada emak.
Walaupun saya pernah diberitahu oleh ‘saudara’, sejarah lampau ayah yang pernah terIanjur dengan orang lain sewaktu bujang.
Saya sempat terfikir adakah apa yang berlaku kepada saya adalah kifarah atas dosa ayah saya? Saya tak sanggup nak dedahkan kisah saya pada ayah.
Pasti dia sedih, kecewa dan bermacam-macam lagi. Biarlah saya pendam.
Selepas SPM, saya dapat sambung belajar tapi ayah tak mampu. Zaman tu belum ada pelbagai bantuan, ptptn bagai.
Adik-adik berderet masih perlu di sekolahkan. Saya bekerja kilang saja atas sebab disediakan transport. Nak cari kerja lain, transport tiada.
Bas awam kat tempat kami hanya satu, jenuh nak tunggu. Nak sewa rumah ayah tak akan bagi. Alam pekerjaan bermula.
Tengok semua kawan yang bertemu jodoh. Yang bercouple lain. Bila bagitahu saya tiada pakwe, ramai yang sangsi dan pelik.
Entah kenapa, budak-budak lelaki kat kilang tu, tak nak ngorat saya. Bohong la tak sedih kan. Kita cantik-cantik, kulit putih tapi orang tak ingin.
Suatu hari tu kawan saya bagitahu, kebetulan kawan saya ni ada couple dengan abang technician kilang tu.
Rupanya budak-budak lelaki kat kilang tu takut nak ngorat saya sebab dorang tengok saya ni ‘muka budak baik’.
Yelah saya bertudung, pakai pun sopan jer, bukan jenis gedik-gedik. Takut pula dorang nak ngorat. Aduh, andailah dorang tahu sejarah kelam saya.
Saya tak ‘sebaik’, ‘sesuci’ yang dorang sangka. Begitu la saya, sepanjang bekerja di situ memang tiada pengalaman bercinta.
Diusia ini, ramai kawan-kawan yang da bertemu jodoh, saya pun ada keinginan yang sama tapi, rasa rendah diri sentiasa ada. Adakah lelaki yang mahu terima aku?
Suatu ketika seorang kawan nak kenalkan saya dengan kenalan dia. Pendek cerita, saya beranikan diri untuk mencuba.
Ada pula kawan yang cakap, saya layak dapat lelaki yang lebih baik, lebih kacak tapi saya sedar, situasi diri saya tidak melayakkan saya untuk terlalu memilih. Saya perlu terima seadanya.
Berkahwinlah saya dengan suami. Selepas berkahwin, saya terus ikut suami duduk rumah dia. Sebenarnya, rumah pusaka arwah mak dia.
Dia duduk seorang sebelum tu. Alhamdulillah, saya lega tak duduk satu rumah dengan mak lagi.
Untuk pengetahuan hubungan mak dan saya sangat tak rapat. Nak duduk bersama berbual memang jangan harap.
Disebabkan itu, bila mak kat dapur, saya dalam bilik. Bila mak ngemas-ngemas luar rumah saya masak.
Memang tiada langsung perbualan, pertanyaan hal-hal berkaitan perempuan atau hal-hal lain antara kami.
Sebab tu saya selalu cemburu bila tengok kemesraan kawan-kawan dengan mak dorang. Sampaikan saya berazam, andai saya ada anak perempuan, saya nak buat dia macam kawan.
Boleh berbual bermacam-macam topik, boleh bergurau senda. Ok. Setelah ikut suami, masuk je rumah dia, saya nampak dua longgok pakaian kotor di atas lantai seakan dua bukit kecil.
Nampak ada mesin basuh separa auto. Tak apalah, nanti cepat je selesai. Rupanya, mesin tu rosak, cuma boleh guna bahagian pengering. Saya cuti kahwin seminggu.
Orang lain pergi honeymoon, saya settled kan baju-baju kotor dia. Semua cuci tangan. Rupanya, bukan setakat mesin basuh jer rosak. TV, peti sejuk pun rosak.
Iron gosok baju pula langsung tiada. Nak masak untuk makan 2 orang tapi yang ada periuk untuk masak makan 10 orang.
Pendek kata banyak yang perlu dibeli dan disediakan. Perlahan-lahan saya beli satu-satu. Bulan pertama, saya beli iron sebab malu asyik pinjam jiran.
Takkan nak pergi kerja pakai baju dan tudung kedut-kedut. Lepas tu saya beli kuali, periuk, blender, peti sejuk, oven bulat dll.
Zaman saya dulu, kahwin banyak dapat hadiah gelas, cawan, pinggan dan jam dinding jer. Tak macam sekarang dapat barang-barang letrik dan macam-macam keperluan.
Ok la tak apa, baru kahwin, masih manis semua. Ohh.. lupa nak cerita, waktu akad nikah, nak batal air sembahyang terjadi sesuatu yang saya takkan lupakan.
Memalukan bagi saya. Tak sangka hari pertama bergelar isteri, saya telah ditipu. Rupanya suami tak sediakan cincin untuk batal air sembahyang.
Cincin yang disarungkan rupanya cincin pinjam. Selepas majlis, kena pulangkn semula pada tuannya. Saya bermasam muka, kecewa tak dapat cincin kahwin.
Ayah saya perasan riak wajah saya dan tahu apa yang berlaku. Beruntung suami saya, ayah saya tidak memarahi dan memalukan dia.
Esoknya, ayah saya ke pekan dan belikan saya sebentuk cincin. Terubat sikit hati saya.
Suami minta saya pulangkan kepada ayah saya semula. Katanya, dia akan belikan saya cincin kemudian.
Tapi, saya tak sampai hati, takut ayah kecik hati pula. Ternyata janji suami tidak pernah ditunaikan sampai saat ini.
Malam pertama. Ianya suatu yang sangat saya gusarkan. Bagaimana jika, suami tahu saya dah tak suci lagi?
Tetapi Alhamdulillah, ternyata saya masih ada dara lagi. Nampak saja darah, suami ucap terima kasih sebab saya pandai jaga diri. Saya pula macam blur kejap.
Pendek cerita, entah kenapa, suatu hari tu suami cerita la kisah dulu-dulu masa dia bujang. Bagaimana dia pernah terIanjur. tapi dia cakap sekejap sangat.
Macam tak berapa nak terIanjur. Dalam hati saya, mm.. Mungkin betul la Allah bagi dia berjodoh dengan saya. Sebab dua-dua tak berapa nak suci.
Saya pula dengan jujur nak adil konon, bodoh sebenarnya pergi la cerita kisah saya pula. Dia pun ok, minta saya lupakan.
Masalahnya, benda ni memang tak boleh kau lupakan. Mustahil. Ianya memberi impak pada pemikiran, sikap dan emosi saya.
Boleh kata, setiap kali ‘bersama’ suami saya akan teringat, saya jadi benci, jijik. Lebih jijik lagi bila saya terpaksa berpura-pura ok.
Lebih parah bila suami suka janji akan belikan saya sesuatu jika saya penuhi keinginannya.
Ianya sama seperti igauan lalu saya. Sesuatu yang dia belikan tu pula seperti pakaian dalam, baju tidur seksi.
Entah kenapa saya rasa terhina sangat-sangat. Tapi saya pendamkan saja, pura-pura suka.
Setakat ini dulu luahan saya, InsyaAllah jika ada masa terluang dan ada permintaan saya akan sambung kisah saya lagi.
Panjang lagi rasanya. Maaf, hanya cara ini saja saya boleh meluah. Banyak yang saya pendam.”