Jawatan kosong CEO kelab Liga Malaysia, tawar gaji RM15K sebulan

Jawatan kosong CEO kelab Liga Malaysia tawar gaji RM15K sebulan

Jawatan kosong CEO kelab Liga Malaysia, tawar gaji RM15K sebulan. Kerancakan musim baharu Liga Malaysia 2023 bukan sahaja dihangatkan dengan berita perpindahan pemain dan jurulatih, namun turut menggamit perhatian apabila sebuah pasukan bola sepak kini turut mencari Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.

Menerusi perkongsian di laman media sosial, kelab berkenaan seda mencari individu yang mempunyai pelan untuk membentuk hala tuju pasukan berkenaan selain mempunyai kepakaran untuk merangka pelan perniagaan bagi memperkukuhkan dana kewangan pasukan

Bagaimanapun, butiran mengenai pasukan yang sedang mencari CEO baharu itu tidak didedahkan, dan hanya dinyatakan lokasi kelab berkenaan iaitu di Kuala Lumpur.

Tetapi antara perkara yang menarik perhatian merupakan gaji yang ditawarkan untuk mengisi jawatan berkenaan, iaitu sekitar RM 10,000 hingga RM 15,000.

Jawatan kosong CEO kelab Liga Malaysia tawar gaji RM15K sebulan

BACA:

TMJ pecah rahsia 10 sumbangannya kepada bola sepak Malaysia

Dah tahun 2022, pakcik ni masih jual nasi lemak RM1 -‘tak sampai hati nak naik harga’

Tular papan tanda bahasa melayu terpacak di Korea Selatan

CATEGORIES