Jawatan kosong, hanya ajar budak 8 tahun subjek English, ditawar gaji RM19,000

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Sebuah iklan menawarkan gaji sebanyak RM19,000 untuk seorang tutor bahasa Inggeris

yang akan mengajar seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Singapura.

Gaji tersebut termasuk makanan yang disediakan serta potensi cuti bergaji

sehingga tiga bulan, menurut iklan yang disiarkan di internet.

Khidmat tutorial dengan gaji yang tinggi itu menyebabkan seorang pengguna TikTok,

Jawatan kosong, hanya ajar budak 8 tahun subjek English, ditawar gaji RM19,000

Linglingd0ng, berkongsi mengenainya di media sosial kerana merasa sukar untuk mempercayainya.

“Pelanggan sedang mencari tutor untuk mengajar kanak-kanak berumur lapan tahun membuat kerja rumah, terutamanya dalam bahasa Inggeris.

Tutor perlu mempunyai kemahiran dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan Cina,” menurut iklan tersebut.

Namun, iklan jawatan kosong itu tidak lagi dapat ditemui semalam selepas ia mula dimuat naik baru-baru ini.

BACA: DSV nasihat Caprice kurang-kurangkan dedah aib orang, ini jawapan tuan badan buat DSV terkedu