Jenazah nenek masih terbujur di rumah, cucu dipaksa masak lauk ayam

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Kematian seseorang adalah saat yang sangat berat bagi ahli keluarga atau waris si mati, yang perlu menguruskan pengebumian jenazah dengan segera.

Dalam masa yang sama, mereka juga berdepan dengan emosi yang sukar ditangani akibat kehilangan orang tersayang.

Keadaan ini sering kali membuatkan mereka tidak berselera untuk makan, apatah lagi ketika diminta untuk menyediakan hidangan bagi tetamu.

Namun, itulah yang berlaku kepada seorang individu yang terpaksa menyediakan makanan ketika neneknya meninggal dunia.

Dalam satu perkongsian di X, dia mempersoalkan amalan tersebut yang dilakukan oleh segelintir masyarakat kita.

Kematian seseorang adalah saat yang sangat berat bagi ahli keluarga atau waris si mati, yang perlu menguruskan pengebumian jenazah dengan segera. Dalam masa yang sama, mereka juga berdepan dengan emosi yang sukar ditangani akibat kehilangan orang tersayang. Keadaan ini sering kali membuatkan mereka tidak berselera untuk makan, apatah lagi ketika diminta untuk menyediakan hidangan bagi tetamu. Namun, itulah yang berlaku kepada seorang individu yang terpaksa menyediakan makanan ketika neneknya meninggal dunia. Dalam satu perkongsian di X, dia mempersoalkan amalan tersebut yang dilakukan oleh segelintir masyarakat kita. "Teringat masa arwah nenek meninggal. Ketika kami sedang sedih, disuruh pula untuk menyediakan makan minum untuk tetamu yang datang. Sepatutnya, jiran-jiran atau keluarga lain yang patut menyediakan makanan, bukan tuan rumah," tulisnya. "Literally menangis kat dapur potong ayam. Siapalah yang mulakan budaya makan-makan kepada tetamu masa orang meninggal ni?" tambahnya. Perkongsian tersebut mendapat hampir 6,000 ulang kicau (retweet) dan menarik pelbagai komen daripada netizen. Ada yang berkongsi pengalaman serupa, seperti seorang netizen yang berkata, "Teringat waktu arwah kakak meninggal. Makcik-makcik jiran sibuk tanya nak order apa untuk tetamu makan, bukannya nak tanya kami makan ke tidak." Seorang lagi netizen menambah, "Sepatutnya jiran-jiran atau keluarga lain yang sediakan makanan, bukan tuan rumah yang sediakan. Di kejiranan saya, ahli kariah masjid akan mengambil giliran untuk memasak bagi keluarga si mati selama seminggu, dan ia diberikan percuma." Mengikut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, tidak ada larangan dari segi al-Quran atau hadis bagi keluarga si mati untuk makan di rumah mereka. Bahkan, tidak ada masalah untuk orang luar makan di rumah si mati, tetapi harus mendapatkan izin terlebih dahulu dari tuan rumah. Apa yang disunatkan adalah masyarakat sekeliling membantu keluarga si mati dengan menguruskan jenazah bagi meringankan beban mereka. Kaum kerabat dan jiran-jiran juga disarankan untuk membantu dalam menyediakan makanan kepada keluarga si mati, baik pada waktu siang mahupun malam.

“Teringat masa arwah nenek meninggal. Ketika kami sedang sedih, disuruh pula untuk menyediakan makan minum untuk tetamu yang datang. Sepatutnya, jiran-jiran atau keluarga lain yang patut menyediakan makanan, bukan tuan rumah,” tulisnya. ”

Literally menangis kat dapur potong ayam. Siapalah yang mulakan budaya makan-makan kepada tetamu masa orang meninggal ni?” tambahnya.

Perkongsian tersebut mendapat hampir 6,000 ulang kicau (retweet) dan menarik pelbagai komen daripada netizen. Ada yang berkongsi pengalaman serupa, seperti seorang netizen yang berkata, “Teringat waktu arwah kakak meninggal.

Makcik-makcik jiran sibuk tanya nak order apa untuk tetamu makan, bukannya nak tanya kami makan ke tidak.”

Seorang lagi netizen menambah, “Sepatutnya jiran-jiran atau keluarga lain yang sediakan makanan, bukan tuan rumah yang sediakan. Di kejiranan saya, ahli kariah masjid akan mengambil giliran untuk memasak bagi keluarga si mati selama seminggu, dan ia diberikan percuma.”

Mengikut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, tidak ada larangan dari segi al-Quran atau hadis bagi keluarga si mati untuk makan di rumah mereka.

Bahkan, tidak ada masalah untuk orang luar makan di rumah si mati, tetapi harus mendapatkan izin terlebih dahulu dari tuan rumah.

Apa yang disunatkan adalah masyarakat sekeliling membantu keluarga si mati dengan menguruskan jenazah bagi meringankan beban mereka. Kaum kerabat dan jiran-jiran juga disarankan untuk membantu dalam menyediakan makanan kepada keluarga si mati, baik pada waktu siang mahupun malam.

BACA: Selain harta pusaka, ekor ikan keli juga boleh jadi punca silaturrahim terputus