Jersi Lionel Messi dijual dengan harga lebih RM36 Juta

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Enam helai jersi bola sepak dipakai oleh bintang Argentina, Lionel Messi pada Piala Dunia 2022 di Qatar dijual pada harga AS$7.8 juta (RM36.4 juta) dalam satu acara lelongan.

Harga yang telah dipersetujui untuk jersi tersebut memecahkan rekod penjualan barangan yang dikaitkan dengan Messi,

Dan ia merupakan lelongan memorabilia sukan yang paling berharga sepanjang tahun ini, seperti yang diumumkan oleh Sotheby’s.

Jersi Lionel Messi dijual dengan harga lebih RM36 Juta

Messi memimpin pasukan Argentina meraih kemenangan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti menentang Perancis di Stadium Lusail, Qatar, yang memiliki kapasiti 80,000 penonton pada 18 Disember 2022.

“Piala Dunia FIFA 2022 berdiri sebagai salah satu acara terhebat dalam sejarah sukan, secara intrinsik berkait dengan perjalanan keberanian Messi dan mengukuhkan statusnya sebagai pemain terhebat sepanjang zaman,” kata ketua koleksi moden Sotheby’s, Brahm Wachter.

Pada awal bulan ini, Messi diiktiraf sebagai ‘Atlet Terbaik Tahunan’ oleh majalah Time untuk tahun 2023.

Pengiktirafan tersebut diberikan berdasarkan musim cemerlangnya yang ditandai dengan penganugerahan Ballon d’Or ke-8 dan perpindahan terbaiknya ke Major League Soccer bersama Inter Miami.

Baca juga:Singapura luluskan 16 serangga yang boleh dimakan, cuba tengok lipas di nombor berapa?