Pengacara Jihan Muse menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata ketiga seperti yang tular dalam sebuah video di aplikasi TikTok.
Jihan, yang juga dikenali sebagai Nur Jihan Musa, 40, menjelaskan bahawa dia tidak pernah mempunyai akaun TikTok dan berita mengenai kelahirannya itu adalah palsu.
“Untuk pengetahuan semua yang bertanya, saya belum bersalin dan keluarga kami tidak ada TikTok.
Saya pun tidak tahu video apa yang anda lihat, tetapi saya masih okay (belum bersalin).
Tak tahulah siapa yang buat akaun palsu itu, tapi semua itu berita tidak benar,” jelasnya.
Jihan berkongsi penafian tersebut melalui hantaran di Instastory miliknya. D
ia juga menegaskan bahawa dia hanya mempunyai akaun Instagram dan Facebook sahaja.
Sekiranya ada sebarang perkembangan tentang kelahiran anaknya, dia akan memaklumkannya melalui kedua-dua platform media sosial tersebut.
“Kami lebih suka cara lama, selain Instagram, saya cuma aktif di Facebook sahaja. Kalau ada perkembangan terkini, ia hanya akan dimuat naik di Instagram saya atau suami, Ungku, atau di Facebook peribadi kami. Doakan yang terbaik untuk saya,” tambahnya.
Pada 22 Disember lalu, Sherry Alhadad telah menggantikan Jihan sebagai hos ketiga program realiti Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) kerana Jihan perlu membuat persiapan untuk melahirkan anak ketiganya. Jihan juga memberitahu bahawa dia ingin berehat untuk mempersiapkan diri bagi menyambut kelahiran tersebut.
Jihan dan suaminya, Ungku Hariz, berkahwin pada 29 Mac 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq, 6, dan Ungku Altamis Barr, 2.
BACA: