Jika ada ahli parlimen Pas sokong Anwar, itu adalah khianat – Mokhtar Senik

Jika ada ahli parlimen Pas sokong Anwar, itu adalah khianat – Mokhtar Senik

Kalau dalam diam-diam PAS dan Ahli Parlimennya menyokong Anwar dan berjanji untuk lantik Anwar sebagai Perdana Menteri (PM), maka itu baru dinamakan khianat.

_“Biar kita tak jadi Tok Imam asalkan solat dipimpin oleh Imam yang sah.” (Harakahdaily)
Mengapa Mokhtar Senik gelabah puyuh kalau Anwar jadi PM?

Takut kes Fikah disiasat? Takut kes Leena dan vellfire lari disiasat? Jangan bimbang, banyak kerja utama untuk rakyat yang Anwar akan lakukan, bukan buang masa dengan kisah “scud tiga inci” hang tu.

Kata Mokhtar Senik, ” Biar kita tak jadi tok Imam asalkan solat dipimpin oleh Imam yg sah”.

Hahaha…imam yg terjun masuk ikut tingkap tolak imam lain itu dikira imam yg sah ke, lebai? Time untung korang, semua sah. Korang kentut dlm solat pun korang tuduh Dap yg kentut. Sahih la penjual agama ni.

Ada satu orang post dekat saya dan bertanya mengapa PAS khianati Umno dengan mengadakan kerjasama dengan BERSATU dan menubuhkan PN? Saya tanya dekat mana yang dikatakan khianat? Insya-Allah PAS sepanjang kerjasamanya dengan siapa pun telah membuktikan setia kawan yang tinggi. Jauh sekali berkhianat. (Sila rujuk kerjasama PAS dan S46 atau PAS dan DAP juga PAS dengan PKR)

Muafakat PAS dan Umno adalah muafakat yang tidak mengikat antara satu sama lain. PAS bebas dan Umno pun bebas. Sebab itu PAS tak kisah hubungan Umno dengan MCA dan MIC dalam BN. Namun ada satu persepakatan iaitu mana-mana pihak tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana parti komponen PH atau individu pimpinannya. Atas dasar itu PAS tiada hubungan dengan PAN atau DAP atau PKR. Juga tidak menyokong Lim Kit Siang atau Mat Sabu atau Anwar. Adapun BERSATU dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) sudah keluar dari PH. Maka di mana khianatnya PAS? Kalau dalam diam-diam PAS dan Ahli Parlimennya menyokong Anwar dan berjanji untuk lantik Anwar sebagai Perdana Menteri (PM) maka itu baru dinamakan khianat.

Lalu perkukuhkan MN ini sebaiknya dengan berpegang kepada piagam yang telah digariskan. Jangan layan pihak-pihak yang mahu pecahkan PN atau BN atau MN. Jangan ambil sebarang pendekatan politik yang boleh mengembalikan PH dan DAP ke Putrajaya. Cuba belajar mengenali Aulawiyat Politik.

Kerana Aulawiyat Politik itulah maka PAS sanggup tak bertanding walau satu kerusi pun di Sabah. Kerana bagi PAS mengalahkan PH lebih penting dari PAS bertanding. Dengan itu semua pihak mesti mempastikan PRU15 nanti semua Parlimen dan DUN hanya bertanding dua penjuru sahaja. Jika ketiga-tiga parti utama PAS, BERSATU dan Umno gagal memutuskan pertandingan hanya dua penjuru, bermakna kita bersedia melihat PH kembali menjadi kerajaan. Dan itu merupakan malapetaka yang lebih dahsyat dari COVID-19 kepada negara ini.

Perlu diingat… bila keputusan dua penjuru diterima bermakna PAS perlu bersedia ada kerusi PAS yang terpaksa diserah kepada BERSATU atau Umno. BERSATU perlu bersedia jika ada kerusi BERSATU terpaksa diserahkan kepada PAS atau Umno. Umno pun kena bersedia menyerahkan kerusinya kepada BERSATU atau PAS. Waktu inilah kematangan politik dan setia kawan semua pihak teruji. Ketamakan dan kesombongan diri akan menjadikan semua parti-parti terbabit bakal berpindah ke kerusi pembangkang di DUN dan Parlimen nanti. Biar kita tak jadi Tok Imam asalkan solat dipimpin oleh Imam yang sah.

Berita penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2020/10/05/setia-kawan-pas-teruji-dan-terbukti/