Kita sering mendengar berita mengenai kebakaran rumah yang berpunca daripada kebocoran gas memasak.
Apa yang lebih menakutkan, kejadian seperti ini bukan sahaja boleh merosakkan harta benda dalam sekelip mata, tetapi juga mengakibatkan kecederaan serius atau kehilangan nyawa.
Oleh itu, penting untuk kita mempelajari langkah-langkah pencegahan kebocoran gas memasak bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Berikut adalah enam tip pencegahan yang boleh diikuti oleh suri rumah, sebagaimana yang dikongsi di laman Facebook Masak Apa Hari Ni:
Yakin dan cepat bertindak menutup saluran gas yang bocor. Jangan picit atau lipat getah saluran gas kerana gas masih boleh keluar.
Tujuan utama adalah untuk mengelakkan gas bercampur dengan udara yang boleh menyebabkan api merebak dengan cepat.
Setelah api dipadamkan, lepaskan saluran gas. Tidak mengapa gas keluar asalkan tidak ada sumber haba yang boleh menyebabkan kebakaran. Pastikan injap gas ditutup.
Jika rasa takut, beranikan diri untuk menutup atau memadamkan api dengan kain buruk yang dibasahkan. Kain ini akan melemaskan api, kemudian tutup injap gas.
Jika terhidu bau gas, jangan panik. Elakkan daripada menyalakan sebarang sumber api seperti mancis atau pemetik api.
Buka tingkap dan pintu bagi memastikan pengudaraan yang baik. Periksa dapur dan segera tutup injap gas.
Jika saluran injap gas utama (kepala besi gas) rosak dan terdengar bunyi gas keluar, periksa dengan menggunakan air sabun. T
empat bocor akan menghasilkan buih. Sumbat atau tutup segera dengan bahan yang sesuai. Jangan cuba baiki sendiri, hubungi pengedar gas untuk penggantian gas yang baru.
Pastikan injap atau getah saluran gas yang dibeli diperakui dan diiktiraf oleh badan profesional seperti Sirim.
Kesimpulannya, jika berdepan dengan situasi ini, jangan panik. Ambil tindakan dengan mengikuti prinsip 4D: Deter (mencegah risiko), Detect (mengesan punca), Delay (melambatkan ancaman), dan Do Action (ambil tindakan mengurangkan risiko). Semoga bermanfaat!
BACA: Isteri nekad fail cerai, suami tak kerja, bab “Tutuh” sentiasa on kecuali bulan mengambang