Jika keadilan untuk rakyat berbeza dengan menteri, lahirlah negara yang senget

Jika keadilan untuk rakyat berbeza dengan menteri, lahirlah negara yang senget

Roh kepada undang-undang adalah KEADILAN.
Sekiranya keadilan untuk golongan dan papa Kedana TIDAK SAMA dengan golongan berpangkat dan kaya. Lahirlah masyarakat dan negara yang senget.

Dalam satu Hadis Rasulullah SAW membayangkan berlakunya zaman itu.. Apabila golongan berpangkat mencuri, tiada tindakan di ambil. Apabila golongan tertindas dan lemah mencuri, hudud pun dilaksanakan ke atas golongan itu.

Oleh kerana ada kawan2 Tuan Guru At Takiri banyak defend dia.. Saya edit sikit, letak hadis Nabi Muhammad SAW yang Mulia

قال نبينا الكريم صلى الله عليه وسلم: «إنما أهلك الذين قبلكم، أنهم كانوا إذا سرق فيهم الشريف تركوه، وإذا سرق فيهم الضعيف أقاموا عليه الحد» [رواه البخاري]..

Sabda Nabi SAW : Kehancuran umat sebelum kamu sesungguhnya berlaku kerana, apabila golongan berpangkat dan mulia mencuri, dia dibiarkan, apabila golongan tertindas mencuri, mereka pon laksanakan hudud.
Riwayat Imam Bukhari

Semasa saya belajar, guru sahaja menyebut أقاموا عليه الحد beliau tafsirkan dengan hukuman yang teruk untuk golongan miskin. Berbanding dengan hukuman ringan bagi yang berpangkat. Wallahu a’lam

Sumber :

14