Jika Tun tak letak jawatan, puaslah pengkhianat makan duit rakyat

Jika Tun tak letak jawatan, puaslah pengkhianat makan duit rakyat

Terhenti serta merta…….

PN dan penyokong duk menyalahkan punca Tun M letak jawatanlah berlakunya kekalutan politik beberapa bulan yang lalu.

Tun letak jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu, secara automatik Menteri-Menteri dan semua lantikan politik pun jawatannya terhenti serta merta. Maka segala program dan kelulusan program melibatkan menteri-menteri turut terhenti serta merta.

Kalau ketika itu, Tun M tidak meletakkan jawatan, silap-silap puak ada menteri kabinet akan guna dana awam (milik rakyat).

Sedangkan makan malam di Sheraton pun boleh dijadikan tanda tanya siapa yang menaja? Siapa yang tanggung perbelanjaan makan malam Langkah Sheraton? Adakah Azmin yang taja? Zuraidah yang taja? Muhyiddin yang taja? Saifuddin Abdullah yang taja?

Jadi tak salah Tun meletakkan jawatan dari Tun terus membiarkan puak pengkhianat dan penebuk atap menyalahgunakan duit kerajaan iaitu duit rakyat.