Jiran dari neraka buat tanah kosong macam hak sendiri… penat orang lain tarah semak dia kongke semuamya

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Penduduk di kawasan perumahan sering memanfaatkan ruang tanah kosong berhampiran rumah mereka untuk pelbagai tujuan.

Hal ini turut dilakukan oleh seorang wanita yang telah menyewa sebuah rumah teres selama lebih tiga tahun.

Rumah tersebut mempunyai tanah kosong di bahagian belakang, yang cuba dimanfaatkan untuk berkebun.

Namun, pengalaman itu tidak selancar yang diharapkan. Dalam satu perkongsian di laman Facebook, wanita yang juga seorang ibu tunggal meluahkan rasa kecewa

apabila tanah yang dibersihkan untuk aktiviti berkebun sering diganggu oleh jiran.

Jiran dari neraka buat tanah kosong macam hak sendiri... penat orang lain tarah semak dia kongke semuamya

“Saya dah lebih tiga tahun menyewa di rumah ini. Di belakang rumah ada tanah kosong. Saya pernah bersihkan untuk berkebun, tetapi jiran di belakang rumah saya pula bercucuk tanam di situ,” katanya.

Menurutnya, keadaan ini membuatkan dia mengalah dan membiarkan tanah tersebut, yang akhirnya menjadi semak samun selepas jiran itu berhenti bercucuk tanam. Beberapa bulan kemudian, dia memutuskan untuk kembali membersihkan kawasan tersebut dan memulakan semula aktiviti berkebun.

Namun, usaha tersebut sekali lagi terganggu apabila anak jiran menanam pokok nanas di tanah yang telah dibersihkan. Tidak puas hati dengan tindakan itu, dia memindahkan pokok nanas tersebut ke dalam pasu.

Gangguan Berterusan dari Jiran

Tindakan itu didakwa menjadi punca timbulnya pelbagai gangguan lain. Wanita itu mendakwa sampah dan sisa makanan sering dibuang di halaman rumahnya sehingga mencetuskan bau busuk. Keadaan ini berlarutan selama empat bulan.

“Hari ini, saya nampak dia letakkan sisa roti di pokok bendi saya. Saya campak balik ke rumah dia. Malamnya, cangkul dan baja saya pula hilang,” luahnya dengan kesal.

Cadangan Warga Maya

Wanita tersebut yang buntu dengan situasi itu akhirnya meminta nasihat daripada warga maya. Pelbagai cadangan diberikan kepadanya untuk mengatasi masalah tersebut.

Antara cadangan termasuk memasang kamera keselamatan untuk mengumpul bukti sebelum membuat laporan polis. Ada juga yang menyarankan dia berhubung dengan pemilik rumah bagi meminta bantuan menangani masalah itu.

“Kalau tanah tersebut di luar pagar, ia mungkin bukan hak kita. Lebih baik tanam dalam pasu dan susun di hadapan rumah dengan kemas. Kalau masih berterusan, bincang secara baik dengan jiran. Jika gagal, ambil tindakan lanjut,” kata salah seorang pengguna.

Walau apa pun, kebanyakan warga maya menggesa wanita itu untuk bersabar dan menyelesaikan isu tersebut dengan cara yang profesional.

BACA: Penumpang kabel car Genting berdepan detik cemas, terkandas 2 jam